
Kami, pertubuhan-pertubuhan yang disenaraikan di bawah, ingin menyatakan rasa kesal terhadap ISIS Malaysia kerana menganjurkan ceramah oleh Dr. Ali Rashid Al Nuaim dari UAE pada 9 Julai 2026.
Penceramah tersebut dikenali sebagai penyokong tegar rejim Zionis dan dianggap secara meluas sebagai sekutu utama serta “sahabat” Israel. Beliau merupakan penggerak utama di sebalik usaha menormalisasi dan memperkukuh hubungan antara Israel dan UAE, malah menjadi arkitek serta pendukung utama Perjanjian Abraham (Abraham Accords). Perjanjian ini telah menjalin hubungan diplomatik antara Israel dan UAE, walaupun pada masa yang sama Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, serta membunuh orang awam yang tidak berdosa dan merampas tanah di Tebing Barat.
Beliau juga mengetuai delegasi parlimen UAE yang pertama kali melawat Knesset Israel pada tahun 2022 dan secara terbuka menyatakan tanpa segan silu: “Kami mahu semua pihak mengakui dan menerima hak kewujudan Israel, serta menyedari bahawa akar umbi orang Yahudi dan Kristian bukanlah di New York atau Paris, sebaliknya di rantau kita ini.” Kenyataan ini secara jelas menunjukkan beliau sama ada seorang Zionis atau penyokong kuat Zionisme.
Susulan operasi Taufan al-Aqsa oleh Hamas pada 7 Oktober, beliau secara lantang mengutuk Hamas, melabelkan operasi tersebut sebagai tindakan “kejam” dan menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Pada masa yang sama, beliau langsung tidak mengendahkan segala jenayah Israel terdahulu yang telah mengorbankan ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak tahun 1948.
Kenyataan beliau dalam acara anjuran ISIS itu bercanggah sepenuhnya dengan pendirian Perdana Menteri kita, yang telah mengutuk pendudukan berterusan Israel ke atas tanah Palestin. Tambahan pula, Perdana Menteri kita pernah menegaskan bahawa sejarah seharusnya mengingatkan sesebuah negara tentang perjuangan mereka sendiri menentang penjajahan, serta mempersoalkan sama ada dunia mampu berdiam diri dengan hati nurani yang bersih tatkala bentuk penjajahan yang serupa terus dilakukan oleh Israel ke atas Palestin tanpa sebarang tindakan tegas dikenakan.
Sebaliknya, beliau terus tanpa segan silu cuba menghalalkan pencabulan undang-undang antarabangsa yang teruk oleh entiti Zionis dan oleh itu telah mengkhianati perjuangan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan untuk Palestin, satu perjuangan yang sangat disayangi oleh semua rakyat Malaysia.
ISIS Malaysia sepatutnya memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana memberikan beliau pentas untuk berucap.
13 Julai 2026
Open Letter to The Institute of Strategic and International Studies (ISIS Malaysia) by Malaysian NGOs
We, the organisations listed below, wish to express our dismay at ISIS Malaysia for hosting a talk by Dr Ali Rashid Al Nuaim from the UAE on 9th July 2026.
The speaker is a known apologist for the Zionist regime and is widely considered a key ally and “friend” of Israel. He has been a driving force behind normalising and strengthening ties between Israel and the UAE, and also the architect and champion of the Abraham Accords, which normalised diplomatic relations between Israel and the UAE despite the ongoing genocide that Israel is committing in Gaza and the murder of innocents and the land grabs Israel is committing in the West Bank.
He also led the first-ever UAE parliamentary delegation to visit the Israeli Knesset in 2022 and has shamelessly stated, “We want everyone to acknowledge and accept that Israel is there to exist and that the roots of Jews and Christians are not in New York or Paris, but here in our region,” thereby declaring himself to be either a Zionist or a strong supporter of Zionism.
After the October 7 Taufan al-Aqsa operations by Hamas, he explicitly condemned Hamas, labelling the operation as “barbaric” and Hamas as a terrorist organisation, and completely ignored all previous Israeli crimes that had caused the deaths of thousands of innocent Palestinians since 1948.
His remarks at the ISIS event were in complete contradiction to the stance of our Prime Minister, who has condemned the continuing Israeli occupation of Palestinian lands. Moreover, our Prime Minister has also said that history should remind nations of their own struggles against colonialism, and questioned whether the world could “in good conscience” stand by while a similar form of colonisation of Palestine by Israel continues with impunity.
This person, on the other hand, continues to shamelessly attempt to legitimise grievous violations of international law by the Zionist entity and is therefore a traitor to the cause of freedom, justice, and equality for Palestine, a cause that is very dear to the hearts of all Malaysians.
ISIS Malaysia should apologise publicly to the Malaysian government and the Malaysian public for giving him a platform.
13 July 2026