Kenyataan akhbar oleh BDS Malaysia

BDS Malaysia amat prihatin dengan laporan terbaru mengenai tindakan ganas yang menyasarkan kedai makanan segera Amerika di pelbagai negara oleh individu yang mendakwa bertindak menyokong perjuangan Palestin.

Kami dengan tegas mengecam tindakan sedemikian sebagai tidak berasas dan tidak wajar.

BDS Malaysia mengulangi bahawa BDS adalah gerakan tanpa kekerasan. Gesaan kami adalah untuk tindakan aman melalui boikot, pelupusan dan sekatan terhadap syarikat yang bersubahat dengan pencabulan hak Palestin oleh Israel.

Walaupun kami menggesa agar tekanan yang berterusan dan dipertingkatkan ke atas syarikat-syarikat ini, memandangkan jenayah ngeri yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, namun, semua tindakan mesti aman dan dilaksanakan dengan mematuhi undang-undang dan peraturan setiap negara.

BDS Malaysia 20 April 2025

Press statement by BDS Malaysia

BDS Malaysia is deeply concerned by recent reports of violent actions targeting American fast food outlets in various countries by individuals claiming to act in support of the Palestinian cause.

We unequivocally condemn such actions as both unwarranted and unjustified.

BDS Malaysia reiterates that BDS is a non-violent movement. Our call is for peaceful actions through boycotts, divestment and sanctions against companies that are complicit with Israel’s violations of Palestinian rights.

While we urge for sustained and increased pressure on these companies in light of the horrific crimes being perpetrated against the Palestinian people, all actions must be peaceful and carried out in full compliance with the laws and regulations of each country.

BDS Malaysia
20 April 2025