Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
Kami berharap surat ini menemui YAB dalam keadaan sihat dan ceria. Kami menulis untuk meluahkan rasa syukur atas komitmen berterusan YAB terhadap keadilan antarabangsa, terutamanya sokongan lantang YAB untuk Palestin dan nasib rakyat Palestin. Pendirian YAB selari dengan perasaan ramai rakyat Malaysia yang percaya dalam mempertahankan hak asasi manusia dan membela yang tertindas.
Memandangkan genosid di Gaza dan pembersihan etnik yang sedang berlaku oleh rejim apartheid Zionis Israel di Tebing Barat, kami menyeru YAB untuk terus menyuarakan sokongan terhadap perjuangan keadilan untuk Palestin. Keadaan rakyat Palestin amat membimbangkan, dan kritikan konsisten terhadap sokongan membuta tuli yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Israel adalah penting untuk menarik perhatian kepada ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin.
Sebagai sebuah negara yang menghargai keamanan, kesaksamaan, dan keadilan, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk tegas menentang penindasan. Dengan memperjuangkan hak rakyat Palestin dan memastikan mereka yang melakukan ketidakadilan dipertanggungjawabkan, YAB bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai negara kita, malah menginspirasi pemimpin lain untuk menentang keganasan dan diskriminasi sedemikian.
Tambahan pula, kedudukan berpengaruh YAB membolehkan YAB memperjuangkan pendekatan antarabangsa yang lebih seimbang dalam menyelesaikan isu penjajahan Israel ke atas tanah Palestin dan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin. Penglibatan berterusan di platform seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh memupuk dialog dan mendorong negara-negara lain untuk menilai semula dasar luar mereka, mengutamakan keadilan dan empati berbanding sokongan membuta tuli.
Jangan terpengaruh dengan suara-suara yang membicarakan kemungkinan Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akibat kritikan lantang YAB terhadap dasar berat sebelah Amerika Syarikat mengenai Palestin. Malaysia perlu menunjukkan kepada dunia bahawa hak asasi manusia adalah keutamaan berbanding keuntungan. Sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa bangkit menentang ketidakadilan besar yang sedang berlaku di Palestin untuk berada di pihak yang benar dalam sejarah.
Terima kasih atas perhatian YAB terhadap isu yang mendesak ini. Kami yakin YAB akan terus menjadi suara bagi mereka yang disenyapkan dan mempertahankan prinsip keadilan serta kemanusiaan di peringkat global.
Sekian.
19 Februari 2025
Dear Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim,
We hope this letter finds you in good health and high spirits. We are writing to express our gratitude for your continued commitment to international justice, particularly your vocal support for Palestine and the plight of the Palestinian people. Your stance echoes the sentiments of many Malaysians who believe in upholding human rights and advocating for the oppressed.
In light of the genocide in Gaza and the ongoing ethnic cleansing by the Zionist apartheid Israeli regime in the West Bank, we urge you to continue your vocal support for the cause of justice in Palestine. The situation for Palestinians is dire, and the consistent critique of the blind support that the United States extends towards Israel is crucial in drawing attention to the injustices faced by the Palestinian community.
As a nation that values peace, equality, and justice, Malaysia has a moral imperative to stand firm against oppression. By advocating for Palestinian rights and holding those who perpetuate injustice accountable, you not only reflect our nation’s values but also inspire other leaders to oppose such acts of violence and discrimination.
Furthermore, your influential position allows you to advocate for a more balanced international approach towards solving the issues of Israeli colonisation of Palestinian lands and Israeli oppression of the Palestinian people. Continued engagement at platforms like the United Nations can foster dialogue and encourage other nations to reassess their foreign policies, promoting fairness and empathy over blind allegiance.
Do not be swayed by voices that talk about the possibility of the US imposing tariffs on Malaysian exports to the US due to your vocal criticisms of the US’s one-sided policy on Palestine. Malaysia must demonstrate to the world that human rights are a priority over profits. It is time for the international community to stand up against the gross injustices that are ongoing in Palestine to be on the right side of history.
Thank you for your attention to this pressing issue. We trust you will continue to be a voice for those silenced and uphold the principles of justice and humanity globally.
19 February 2025