MEDIA STATEMENT BY MALAYSIAN NGOs
VISIT OF USS CARL VINSON
The ongoing genocide of thousands of Palestinian innocents, including women, children and other non-combatants, by the Israeli military in Gaza could only take place with the complicity and active support of the US government and military.
We, therefore, note with great dismay that the Malaysian government, despite its very vocal pro-Palestinian stance, has chosen to take a ‘business-as-usual’ attitude with the US military by allowing the naval carrier USS Carl Vinson and other US Navy vessels to dock at Port Kelang.
This is an apparent signal that Malaysia’s support for the Palestinians is not to be taken seriously and that the military of any country that brazenly violates international humanitarian law and numerous UN resolutions by enabling the wanton slaughter by Israel of Palestinians can still expect to be welcomed in Malaysia.
We call on the Malaysian government to immediately adopt some consistency in its policy towards the just and legitimate struggle of the Palestinian people, to ‘walk the talk’ and consequently inform the US government that henceforth, none of its military vessels and assets are welcomed to visit our shores – until and unless the US stopped its active complicity with the genocide in Gaza.
January 3, 2025
KENYATAAN MEDIA DARIPADA NGO MALAYSIA
LAWATAN USS CARL VINSON
Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap ribuan rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam oleh tentera Israel di Gaza hanya boleh berlaku dengan kerjasama dan sokongan aktif kerajaan dan tentera AS.
Oleh itu, kami ingin menyuarakan kekecewaan kami dengan keputusan kerajaan Malaysia, yang walaupun lantang menyokong perjuangan Palestin, namun mengambil sikap ‘berurusan-seperti-biasa’ dengan tentera AS. Ini kerana ia telah membenarkan kapal induk tentera laut USS Carl Vinson dan kapal tentera laut AS yang lain berlabuh di Pelabuhan Kelang.
Keputusan ini adalah seolah-olah memberi isyarat yang jelas bahawa sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak perlu dipandang serius oleh Amerika Syarikat. Ia juga memberi isyarat bahawa tentera mana-mana negara yang dengan berani melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan banyak resolusi PBB dengan membolehkan penyembelihan kejam oleh Israel terhadap rakyat Palestin, masih dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia.
Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk segera mengamalkan konsistensi dalam dasarnya ke arah perjuangan rakyat Palestin yang adil dan sah, untuk mengotakan kata-katanya dan seterusnya memaklumkan kepada kerajaan AS bahawa selepas ini, tiada satu pun kapal dan aset tenteranya dialu-alukan untuk melawat perairan negara kita – sehingga dan melainkan AS menghentikan keterlibatan aktifnya dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
3 Januari 2025