On 20th September, BDS Malaysia organized a protest at Menara Merdeka 118 where the PNB office is located. The main objective of the protest was to highlight Caterpillar’s complicity in Israel’s crime of genocide in Gaza. Caterpillar is directly complicit in war crimes in Palestine as they supply the Israeli apartheid regime with machineries which are used in the demolition of Palestinian homes and infrastructure. Caterpillar continues to do this despite knowing it is in violation of the International Court of Justice ruling which states that companies should not be complicit in the ongoing genocide and that the Israeli occupation of Palestinian territories is illegal.
Sime Darby Industrial is the main distributor of Caterpillar bulldozers in the Asia-Pacific region and PNB is the main shareholder of Sime Darby.
This morning, eight of our activists were summoned to be at the police station apparently for organizing the peaceful protests against Sime Darby and PNB for their collaboration with Caterpillar. We call on the public to stand in solidarity with them.
Our protest was organized in accordance with the Peaceful Assembly Act 2012, and we have fully complied with the law, cooperating with the authorities by attending the police station as requested.
BDS Malaysia will not be intimidated by any attempt to stifle our efforts or harass us. We will continue to pressure corporations that assist Israel, directly or indirectly, in the genocide being perpetrated in Gaza and its illegal occupation of Palestine.
BDS Malaysia
October 2, 2024.
—
Pada 20 September, BDS Malaysia telah menganjurkan protes di hadapan Menara Merdeka 118 di mana terletaknya pejabat PNB. Objektif utama rapat-bantahan itu adalah untuk menonjolkan keterlibatan Caterpillar dalam jenayah genosid terhadap rakyat Palestin oleh Israel di Gaza. Caterpillar secara langsung terlibat dalam jenayah perang di Palestin kerana mereka membekalkan rejim apartheid Israel dengan jentera yang digunakan untuk merobohkan rumah dan infrastruktur Palestin. Caterpillar terus melakukan ini walaupun mengetahui ia melanggar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menyatakan bahawa tiada sebarang syarikat yang sepatutnya terlibat dalam genosid yang sedang berlaku dan pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah haram.
Sime Darby Industrial ialah pengedar utama jentolak Caterpillar di rantau Asia-Pasifik dan PNB adalah pemegang saham utama Sime Darby.
Pagi ini, lapan aktivis kami telah disaman untuk hadir ke balai polis kerana menganjurkan protes aman terhadap Sime Darby dan PNB atas keterlibatan mereka dengan Caterpillar. Kami menyeru rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin .
Bantahan kami telah dianjurkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, dan kami telah mematuhi sepenuhnya undang-undang, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menghadirkan diri di balai polis seperti yang diarahkan .
BDS Malaysia tidak akan gentar dengan sebarang percubaan untuk menyekat usaha kami atau mengganggu kami. Kami akan terus menekan syarikat-syarikat yang membantu Israel, secara langsung atau tidak, terhadap genosid yang dilakukan di Gaza dan pendudukan haram Israel di Palestin.
BDS Malaysia
2 Oktober 2024.