Bruno Mars – Anda tidak dialu-alukan di Malaysia

Kami dimaklumkan bahawa Bruno Mars dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada bulan September.

Berdasarkan kenyataan dan aktiviti beliau yang lalu, kami mendapati beliau adalah penyokong tegar rejim apartheid Israel. Pada Oktober 2023, beliau mengadakan pertunjukan di sana walaupun dimaklumkan kepada beliau oleh sebuah organisasi pro-Palestin yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Jewish Voice for Peace (JVP) tentang pencabulan hak asasi manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sistematik yang berleluasa di Israel terhadap warga Palestin.

Bruno Mars langsung tidak mengendahkan permintaan JVP untuk tidak membuat persembahan di Israel sebagai tanda protes terhadap layanan zalim terhadap rakyat Palestin di sana.

Sebaliknya, dalam konsertnya di Tel Aviv, dia mengisytiharkan cintanya yang tidak berkesudahan kepada negara yang dia TAHU sedang menganiaya berjuta-juta manusia, yakni warga Palestin, semata-mata kerana mereka berbeza etnik atau agama.

Setelah sembilan bulan berlakunya pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza yang telah membunuh hampir 38,000 rakyat Palestin yang tidak bersalah dan tidak berdaya termasuk kira-kira 15,000 kanak-kanak dan 10,000 wanita, beliau masih tidak berkata sepatah pun mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini. Dia sama ada tidak mengambil berat tentang pembunuhan beramai-ramai itu atau dia menyokong sepenuhnya.

Kami menyeru Bruno Mars, jika dia benar-benar percaya dengan perkara yang dia nyanyikan, untuk berada di pihak yang betul dalam kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa dan segera mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku sekarang di Gaza.

Sikap diam dirinya yang berterusan akan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia adalah penyokong pembunuhan beramai-ramai dan kami dengan ini memaklumkan di sini dan sekarang kepadanya bahawa individu Zionis yang mencintai pembunuhan beramai-ramai tidak dialu-alukan di Malaysia.

BDS Malaysia
28 Jun 2024

 

Bruno Mars – You are not welcome in Malaysia

We note that Bruno Mars is scheduled to hold a concert in Kuala Lumpur in September.

Bruno Mars, based on his past pronouncements and deeds, is a staunch supporter of the apartheid regime of Israel. In October 2023, he held shows there despite being educated by the Jewish Voice for Peace (JVP) about the dehumanising and systematic violations of Palestinian human rights prevalent in the country. He ignored requests by JVP to not perform in Israel as a show of protest against the treatment of Palestinians there.

Instead, in his concert in Tel Aviv, he declared his undying love for the country that he KNOWS is brutalising millions of his fellow human beings simply because they are of a different ethnicity or religion.

Nine months into the ongoing genocide in Gaza that has killed almost 38,000 innocent and defenceless Palestinians including about 15,000 children and 10,000 women, he still has not said a single word about this atrocity conducted by Israel. He either does not care about the genocide or he fully supports it.

We call on Bruno Mars, if he truly believes in the things he sings about, to be on the right side of humanity and international law and immediately condemn the ongoing genocide now taking place in Gaza.

His continuing silence will prove to the world at large that he is a genocide supporter and we hereby make it known here and now to him that genocide-loving Zionists are not welcome in Malaysia.

BDS Malaysia

28 June 2024