BDS Malaysia strongly urge the Malaysian government to refrain from engaging in any procurement contracts with companies known to be complicit in the ongoing genocide in Gaza.
The Israeli state, built upon Zionist settler colonialism and characterized by apartheid practices, has long forfeited any claim to intellectual or moral legitimacy. Its inability to justify its actions or existence has become glaringly apparent. The ongoing violence against the defenceless population of Gaza serves as a desperate and brutal display of survival tactics, further exposing the true and evil nature of Israel’s policies to millions worldwide.
In just seven months,
Israel is now poised for an offensive in Rafah, where over a million internally displaced people are taking refuge. This potential onslaught carries catastrophic consequences.
It is well known that Israel can act with impunity due to diplomatic and political protection by the US and other Western governments. However, it is also a fact that among its enablers are companies profiting from the ongoing violence inflicted upon Palestinians. This is not only unacceptable but morally reprehensible. We highlight some of these companies.
Acting against the genocide is of the utmost urgency. One way is to hold these companies accountable for their complicity and treat them as business outcasts.
We urge the Malaysian government to take immediate action by excluding the companies listed above from any procurement or purchases of hardware and software and to accept the proposal to be submitted by BDS Malaysia to align the country’s trade policies and practices with our overall foreign policy of non-recognition of the Zionist state.
BDS Malaysia
7 May 2024
KERAJAAN MALAYSIA MESTI MENGECUALIKAN SYARIKAT YANG BERSUBAHAT DENGAN GENOSID DI GAZA DARIPADA KONTRAK PEROLEHAN
BDS Malaysia menggesa kerajaan Malaysia untuk tidak mengadakan sebarang kontrak perolehan dengan syarikat yang diketahui terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.
Negara haram Israel, yang dibina dengan cara menjajah bumi Palestin dan bercirikan amalan apartheid, telah lama kehilangan sebarang hak untuk diiktiraf atas dasar intelektual atau moral. Ketidakupayaannya untuk menjustifikasikan kewujudannya serta tindakannya telah menjadi jelas kepada seluruh dunia. Keganasan berterusan terhadap penduduk awam Gaza adalah bukti akan keadaannya yang sedang terdesak, sekaligus mendedahkan kepada seluruh dunia akan sifat sebenarnya iaitu tersangat jahat dan zalim.
Dalam masa tujuh bulan sahaja,
Israel kini bersedia untuk serangan di Rafah, di mana lebih sejuta orang pelarian Palestin berlindung. Serangan ini akan membawa akibat bencana yang tidak boleh dibayangkan.
Umum mengetahui bahawa Israel boleh bertindak tanpa hukuman kerana perlindungan diplomatik dan politik oleh AS dan kerajaan Barat yang lain. Walau bagaimanapun, adalah juga fakta bahawa antara pembolehnya ialah syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan daripada keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin. Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi tercela dari segi moral. Di bawah adalah senarai beberapa syarikat yang paling terpalit:
Adalah sangat penting untuk kita bertindak menyekat pembunuhan beramai-ramai di Gaza sekarang. Salah satu cara adalah untuk memastikan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan atas keterlibatan mereka dan menyeru semua pihak untuk tidak memberi sebarang kontrak perniagaan kepada mereka.
Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dengan mengecualikan syarikat-syarikat yang disenaraikan di atas daripada sebarang perolehan atau pembelian perkakasan dan perisian dan menerima cadangan yang akan dikemukakan oleh BDS Malaysia untuk menyelaraskan dasar dan amalan perdagangan negara dengan dasar luar negara yang langsung dan jelas tidak mengiktiraf negara Zionis Israel.
BDS Malaysia
7 Mei 2024