Kenyataan Media oleh NGO-NGO Malaysia: KONGRES AMERIKA SYARIKAT MESTI MENYEMAK SEMULA KEDUDUKANNYA BERKAITAN ISRAEL

Resolusi kongres Amerika Syarikat pada 18 Julai 2023 yang mengisytiharkan Israel bukanlah negara perkauman layak dikecam sepenuhnya oleh sesiapa yang bermoral dan mempunyai hati nurani.

Ia diluluskan walaupun beberapa badan bebas seperti Human Rights Watch, Amnesty International dan B’Tselem serta Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) telah menerbitkan laporan bahawa Israel mengamalkan dasar aparteid perkauman.

Undang-undang Negara-Bangsa yang diluluskan oleh parlimen Israel pada 2018 yang mengisytiharkan negara itu hanya untuk warga Yahudinya sahaja adalah pengesahan lanjut bahawa ia adalah sebuah negara aparteid. Bagi Kongres AS, nampaknya undang-undang ini tidak pernah wujud.

Selain daripada mengabaikan kebenaran, resolusi itu berkemungkinan besar akan mengekalkan penderitaan dan penindasan rakyat Palestin di tangan penjajah Israel. Namun ini nampaknya tidak membimbangkan ahli-ahli kongres Amerika Syarikat. Ini benar-benar menyedihkan.

Kami, yang tersenarai di bawah, mengecam resolusi tersebut dan menyeru semua ahli Kongres AS untuk menyemak semula pendirian mereka mengenai perkara itu. Keamanan yang benar-benar adil di Timur Tengah hanya boleh berlaku jika AS berhenti memberi sokongan buta tanpa syarat kepada Israel.

Kami juga menggesa pengundi Amerika untuk menyuarakan kebimbangan mereka serta menggunakan kuasa undi mereka untuk menghalang wakil rakyat mereka daripada memajukan kepentingan sebuah negara asing, iaitu Israel, sehingga merugikan mereka sendiri.

Kami juga mengalu-alukan sebarang tindakan oleh pengundi Amerika untuk menyedarkan wakil kongres mereka bahawa resolusi yang mereka telah luluskan mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab serta tidak berperasaan dalam isu Palestin.

21 Julai 2023

  1. BDS Malaysia
  2. MAPIM
  3. Citizens International
  4. Muslim Professionals Forum (MPF)
  5. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
  6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
  7. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  8. MyAqsa Defenders
  9. IKRAM

THE US CONGRESS MUST REVIEW ITS POSITION REGARDING ISRAEL

The US congressional resolution of July 18th 2023, which declares Israel is not a racist state, fully deserves to be denounced by anyone with a moral conscience.

It was passed despite reports by independent bodies such as Human Rights Watch, Amnesty International and Israel’s own B’Tselem, a human rights organisation and the UN Economic and Social Commission for West Asia (ESCWA) that Israel practises racial apartheid.

The Nation-State Law passed by the Israeli parliament in 2018, which declares the country to be only for its Jewish citizens, further confirms that it is an apartheid state. To the US Congress, it seems that this law never existed.

Apart from its utter disregard for the truth, the resolution will likely perpetuate the suffering and oppression of Palestinians at the hands of their Israeli occupiers. This appears to be of no concern to those congressmen and women. This is truly deplorable.

We, the undersigned, denounce the said resolution and call on all members of the US Congress to review and revise their position on the matter. A genuinely just peace in the Middle East can only happen in the absence of blind, unconditional US support for one side.

We urge American voters to voice their concerns and ultimately use their votes to deter their elected representatives from furthering the interests of a foreign country to the detriment of their own. Any impact of the resolution which leads to American voters holding their congressional representatives to account for its callousness can only be welcomed.

21 July 2023

  1. BDS Malaysia
  2. MAPIM
  3. Citizens International
  4. Muslim Professionals Forum (MPF)
  5. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
  6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
  7. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  8. MyAqsa Defenders
  9. IKRAM