Tan Sri Rafidah Aziz’s FB Comments on Gaza Reconstruction
We refer to Tan Sri Rafidah Aziz’s comments regarding Gaza reconstruction on her FB page which were circulated by the Malaysian media.
Among her comments is that the destruction on the Gaza Strip is upon disputed land whereby legal entitlement to ownership has not been resolved. This is absolutely not the case.
We would like to point out to her that numerous UN resolutions have affirmed that the Occupied Palestinian Territories (OPT) of the West Bank, East Jerusalem and the Gaza Strip are owned by and the rightful entitlement of the Palestinian people.
The legal ownership status is resolved with finality and greater clarity by the International Court of Justice (ICJ) in its landmark ruling of 19 July 2024 that declares Israel’s occupation of the OPT is unlawful, along with the colonies built on those territories, any land annexation and use of natural resources therein by Israel. That ruling is supported resoundingly by a UN General Assembly resolution on 18 September 2024. In view of the Nakba of 1947-48, during which Palestinians were dispossessed of their country through massacres and sheer acts of terrorism by the Zionists, and UN Security Council 194 which recognises the Palestinians’ right to return to their homeland, there are strong legal arguments to accept that the whole of historic Palestine still belongs to the Palestinians. We urge Tan Sri Rafidah to read up on the said ICJ ruling and UNGA resolution to fully disabuse herself of the erroneous notion that the Gaza Strip is ‘disputed land’.
We note that Tan Sri Rafidah also brought up the matter of priorities. We put it to her that helping our fellow Malaysians and helping Palestinians are not mutually exclusive actions. Granted resources are finite but as a former government minister herself she would know that often it is not a question of limited resources. Instead, it is the wastage and leakages of public funds that reduce the money available to help those in great need. To paraphrase Mahatma Gandhi, “There is enough for everyone’s need, but not enough for everyone’s greed.”
We note that Tan Sri Rafidah, notwithstanding her misgivings, seems supportive of the intentions of the Malaysian government to help in the reconstruction of Gaza. So, our following point is directed to those who still find it objectionable for the Malaysian government to provide material support to the Palestinian cause.
The Palestinians have been subjected to oppression and grave injustices these past 77 years and are now the victims of a live-streamed genocide which none of us ever imagined will see in our lifetime. It is a genocide conducted by the last settler-colonial apartheid state on the planet fully supported by the industrialised nations of the West. The noble and stubborn resistance by the Palestinians has brought to the fore that the racial supremacist mentality of those former colonial masters is alive and kicking in Washington, London, Paris and Berlin and the hollowness of their talk about human rights and democracy. What they are doing to the Palestinians, they can easily do to us – again. We of the former colonies of the West should realise that the Palestinians are not just fighting for themselves. They are fighting – and bearing horrifying sacrifices — for us too.
Only those who lack any sense of humanity will object to helping the Palestinians.
Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) | 1st February 2025
Kami ingin merujuk kepada komen Tan Sri Rafidah Aziz mengenai pembinaan semula Gaza di laman FB beliau yang diedarkan oleh media Malaysia. Antara komen Tan Sri Rafida ialah kemusnahan di Semenanjung Gaza adalah di atas tanah yang dipertikaikan, di mana hak milik undang-undang belum diselesaikan. Ini sama sekali tidak benar.
Hakikatnya, berbagai resolusi PBB telah mengesahkan bahawa Wilayah Pendudukan Palestin (OPT: Occupied Palestine Territories) di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza adalah hak milik sah rakyat Palestin.
Status pemilikan undang-undang ini telah diselesaikan dengan begitu jelas dan muktamad oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam ketetapan mercu tandanya,pada 19 Julai 2024, yang mengisytiharkan pendudukan Israel ke atas OPT adalah menyalahi undang-undang. Ini termasuk semua tanah jajahan, dan sebarang pembinaan di atas wilayah tersebut, sebarang pengilhakan tanah dan penggunaan sumber asli di dalamnya oleh Israel. Keputusan ini disokong padu oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB pada 18 September 2024. Memandangkan Nakba 1947-48, di mana hak rakyat Palestin dan negara mereka telah dirampas melalui pembunuhan beramai-ramai oleh pengganas Zionis, maka Majlis Keselamatan PBB 194 telah mengiktirafkan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Terdapat hujah undang-undang yang kukuh untuk mengesahkan bahawa seluruh Palestin yang bersejarah masih milik rakyat Palestin. Kami menggesa Tan Sri Rafidah untuk membaca keputusan ICJ tersebut dan resolusi UNGA untuk tidak membuat tanggapan yang salah bahawa Semenanjung Gaza kononnya adalah ‘tanah yang dipertikaikan’.
Tan Sri Rafidah turut membangkitkan isu keutamaan. Kami ingin menyatakan kepadanya bahawa membantu rakyat Malaysia dan membantu rakyat Palestin bukanlah tindakan yang saling eksklusif. Kami amat akur bahawa Sumber yang sedia-ada adalah terhad, namun, sebagai bekas menteri kerajaan sendiri, beliau pasti tahu bahawa selalunya ini bukan soal sumber yang terhad, sebaliknya, pembaziran dan ketirisan dana awam yang mengurangkan wang yang ada untuk membantu mereka yang sangat memerlukan. Memparafrasakan Mahatma Gandhi, “Ada cukup untuk keperluan semua orang, tetapi tidak cukup untuk ketamakan semua orang.”
Kami juga akur, bahawa Tan Sri Rafidah, walaupun kesangsian, namun menyokong hasrat kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pembinaan semula Gaza. Jadi, hujah berikut kami tujukan kepada mereka yang masih ketidaksetujuan atas dasar Kerajaan Malaysia untuk memberikan sokongan material demi pembinaan semula Palestin.
Rakyat Palestin telah mengalami penindasan atas penindasan dan ketidakadilan yang melampau sejak 77 tahun lalu, dan kini menjadi mangsa genosid yang disiarkan secara langsung yang tidak pernah kita bayangkan akan dapat dilihat sepanjang hayat kita. Ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh negara apartheid peneroka-kolonial terakhir di bumi ini yang disokong sepenuhnya oleh negara-negara perindustrian Barat. Penentangan yang mulia dan cekal oleh rakyat Palestin telah menyerlahkan bahawa mentaliti ketuanan- perkauman bekas tuan penjajah ini masih hidup dan menyerlah di Washington, London, Paris dan Berlin dan retorik mereka tentang hak asasi manusia dan demokrasi, hanyalah kepalsuan. Apa yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin, mereka boleh lakukan dengan mudah kepada kita – sekali lagi. Kita dari bekas penjajahan Barat seharusnya celik bahawa rakyat Palestin bukan hanya berjuang untuk pembebasan diri mereka sahaja. Mereka berjuang dan menanggung pengorbanan yang amat mengerikan — untuk kita juga.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan yang akan membantah untuk membantu rakyat Palestin.
Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia)
1 Februari 2025