Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana mengutuk jenayah apartheid Israel di PBB

BDS Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana keberanian menyuarakan isu jenayah apartheid yang sedang dilakukan oleh rejim Israel terhadap warga Palestin sekarang ini di perhimpunan umum Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu kali ke 76 baru-baru ini.

Isu ini bukan sahaja disuarakan oleh duta tetap Malaysia ke PBB semasa perbincangan meja bulat memperingati deklarasi Durban 2001, bahkan juga oleh perdana menteri Malaysia semasa ucapan sulung beliau di Perhimpunan Umum PBB.

BDS Malaysia berharap langkah berani kerajaan Malaysia akan meyakinkan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Israel termasuk memboikot negara tersebut sehingga semua dasar, polisi dan tindakan apartheidnya terhadap warga Palestin dihapuskan.

Perlu diingatkan bahawa langkah pemboikotan ini juga telah dilakukan oleh masyarakat antarabangsa terhadap Afrika Selatan dahulu semasa negara tersebut melaksanakan dasar apartheid terhadap warga kulit hitamnya. Bahkan Afrika Selatan hanya dibenarkan menyertai Perhimpunan Umum PBB selepas dasar apartheid nya digugurkan.

BDS Malaysia juga menyeru Malaysia agar bersikap tegas terhadap mana-mana negara Islam yang melaksanakan polisi normalisasi terhadap Israel, terutama sekali negara yang tidak berjiran dengan Israel seperti UAE, Bahrain dan Sudan. Langkah normalisasi dengan Israel sewaktu rejim apartheid itu sedang melakukan berbagai bentuk jenayah zalim terhadap warga Palestin termasuk membunuh orang awam yang tidak berdosa, memenjarakan mereka, merobohkan rumah kediaman mereka serta merampas tanah mereka adalah sama sekali tidak dapat diterima.

Sehubungan dengan itu, BDS Malaysia mencadangkan kerajaan Malaysia menarik balik keputusannya menyertai Dubai Expo yang dijadualkan bermula pada 1 Oktober ini sebagai tanda protes terhadap keputusan UAE mengadakan normalisasi hubungan dengan rejim apartheid Israel.

BDS Malaysia
30 September 2021

BDS Malaysia would like to commend the Malaysian government for speaking out at the recent 76th United Nations General Assembly against the apartheid crimes being committed by the Israeli regime against Palestinians.

This issue was not only raised by Malaysia’s permanent ambassador to the UN during the roundtable discussion commemorating the 2001 Durban declaration but also by the Malaysian prime minister during his inaugural speech at the UN general assembly.

BDS Malaysia hopes that Malaysia’s move will convince the international community to take appropriate action against Israel, including boycotting the country until all its apartheid policies and actions against Palestinians are abolished. It should be noted that this is the step taken by the international community against South Africa in the past when the country was practicing apartheid policies towards its black population.

BDS Malaysia also calls on Malaysia to be firm against any Muslim country that implements a policy of normalisation towards Israel, especially countries that are not neighbours of Israel such as the UAE, Bahrain and Sudan. Normalisation of relations with apartheid Israel while the regime is still committing crimes against humanity towards Palestinians, including killing innocent Palestinian women and children as well as seizing their lands, is totally unacceptable.

In this regard, BDS Malaysia calls on the Malaysian government to withdraw its participation at the Dubai Expo, which is scheduled to begin on October 1, as a sign of protest against the UAE’s decision to normalise relations with the Israeli apartheid regime.

BDS Malaysia
29 September 2021