Kenyataan Media dari BDS Malaysia
BDS Malaysia ingin menyuarakan perasaan sedih di atas laporan berita berkenaan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas puluhan warga Palestin oleh kerajaan Saudi Arabia.
BDS Malaysia dimaklumkan bahawa asas utama hukuman adalah aktiviti mereka menyokong gerakan pembebasan Palestin, khususnya kumpulan Hamas.
BDS Malaysia ingin menegaskan bahawa walaupun Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengklasifikasikan Hamas sebagai gerakan pengganas kerana keengganan Hamas untuk berkompromi dengan rejim zalim zionis Israel, namun hakikat sebenar ialah Hamas adalah sebuah gerakan pembebasan Palestin yang tulen yang mendapat sokongan dari umat Islam di seluruh dunia.
BDS Malaysia ingin memaklumkan kepada pemimpin Saudi Arabia bahawa tindakan memenjarakan pejuang Palestin untuk memuaskan kehendak rejim Zionis Israel, Amerika dan sekutu mereka akan hanya menimbulkan kebencian terhadap pemimpin Saudi Arabia dari kalangan umat Islam di seluruh dunia, termasuk dari Malaysia.
Oleh itu BDS Malaysia menyeru pemimpin Saudi Arabia agar membatalkan hukuman tersebut dan membebaskan mereka dengan segera.
BDS Malaysia juga menyeru kepada kerajaan Malaysia agar segera memberi tekanan kepada pemimpin Saudi Arabia agar mereka sedar bahawa rakyat Malaysia menentang segala bentuk kezaliman terhadap warga Palestin, terutama mereka yang sedang berjuang dengan harta dan nyawa mereka untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa dari genggaman rejim zalim Zionis.
BDS Malaysia
10 Ogos 2021