We refer to Prime Minister Dato Seri Anwar Ibrahim’s statement today that Malaysia will build a school, hospital, and mosque as an initial effort to assist in the reconstruction of Gaza.
The move is very commendable indeed. More than a million Gazans are internally displaced, and 80% of their homes have been destroyed. Their schools, mosques, hospitals, universities, government offices, and basic infrastructure, including sanitation, water supply and power supply, have also been destroyed. The residents of Gaza are suffering and need urgent help.
We are very confident that Malaysians from all walks of life will support this government initiative unless they lack any sense of humanity.
However, based on what has happened in the past, Israel may attack Gaza again and destroy all buildings, houses and infrastructure again to achieve their long-term aim of forcing Gazans to leave their lands, that is, ethnic cleansing of Palestine. Therefore, the government should also initiate efforts to punish Israel for its crimes and end the impunity which encourages its lawless behaviour. In this regard, Malaysia can play an essential role by initiating a process to expel Israel from the UN or suspend its membership in the UN General Assembly. This move will be entirely justified based on Israel’s previous and current breaches of scores of resolutions passed by the UNGA, as well as its breaches of international law.
It is time to carry out concrete actions to stop Israeli crimes and ensure justice is achieved for Palestinians.
BDS Malaysia
29 January 2025
Kenyataan Akhbar oleh BDS Malaysia mengenai Rancangan Kerajaan Malaysia untuk Membantu Usaha Pembinaan Semula di Gaza
Kami merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha awal untuk membantu dalam pembinaan semula Gaza.
Tindakan itu sememangnya amat dipuji. Lebih sejuta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal, dan 80% kediaman mereka telah musnah. Sekolah, masjid, hospital, universiti, pejabat kerajaan, dan infrastruktur asas mereka termasuk sanitasi, bekalan air dan bekalan kuasa, juga telah musnah. Penduduk Gaza sedang menderita dan memerlukan bantuan segera.
Kami amat yakin bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat akan menyokong inisiatif kerajaan ini. Hanya yang tidak mempunyai rasa kemanusiaan akan menentangnya.
Namun, berdasarkan apa yang berlaku pada masa lalu, Israel mungkin menyerang Gaza sekali lagi dan memusnahkan semua bangunan, rumah dan infrastruktur sekali lagi demi mencapai matlamat jangka panjang mereka untuk memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka, iaitu pembersihan etnik Palestin. Oleh itu, kerajaan juga harus memulakan usaha untuk menghukum Israel atas jenayahnya dan menamatkan impunitas yang menggalakkan kelakuannya yang menyalahi undang-undang. Dalam hal ini, Malaysia boleh memainkan peranan penting dengan memulakan proses untuk memecat Israel daripada PBB atau menggantung keahliannya dalam Perhimpunan Agung PBB. Langkah ini memang mempunyai asas yang kuat berdasarkan pelanggaran Israel sebelum dan semasa puluhan resolusi yang diluluskan oleh UNGA, serta pelanggaran undang-undang antarabangsanya.
Sudah tiba masanya untuk melaksanakan tindakan konkrit untuk menghentikan jenayah Israel dan memastikan keadilan tercapai untuk rakyat Palestin.
BDS Malaysia
29 Januari 2025