Petisyen membantah HP & PNB – BDS

Assalaamualaikum warahmatullah wabarakaatuh.

Bolehkah saya pohon bantuan tuan puan pembaca lamanweb BDS Malaysia untuk sama-sama berjuang membela rakyat Palestin yang sekarang sedang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dengan memuat turun petisyen ini, mencetaknya dan mengumpulkan sekurang-kurangnya 10 tanda tangan dari kenalan anda. Pohon juga bantuan tuan puan menularkan petisyen kepada saudara-mara dan rakan-rakan dan meminta mereka untuk membantu mengumpul tandatangan dari kenalan mereka juga. Selepas itu sila beritahu saya dan saya akan datang dan mengumpul petisyen yang ditandatangani dari tuan puan semua. BDS Malaysia akan menyerahkan petisyen kepada pihak2 yang dinamakan dalam petisyen sebaik sahaja jumlah tanda tangan yang telah dikumpulkan mencukupi sasaran.