KENYATAAN MEDIA DARI NGO-NGO MALAYSIA
PERKHIDMATAN WEB AMAZON (AWS) DAN PROJEK NIMBUS
Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh pelopor terakhir apartheid dan penjajahan kolonial, pihak Israel, berterusan hingga ke saat ini. Ini disiarkan secara langsung dan dilaporkan secara meluas, tidak kurang juga oleh mangsanya sendiri, penduduk Gaza. Lebih 41,000 orang awam telah terkorban, 17,000 daripadanya adalah kanak-kanak. Bahawa kengerian ini boleh berterusan tanpa henti adalah amat menjijikkan kepada sesiapa yang masih mempunyai walaupun sedikit kesamaan hati nurani! Ini menafikan salah satu tanggapan bahawa penyembelihan tanpa henti terhadap insan-insan yang tidak bersalah hanya berlaku di zaman purba dan zaman pertengahan. Hakikat nya, ia adalah pembunuhan besar-besaran yang berlaku pada zaman ini dengan bantuan sepenuhnya daripada keajaiban era teknologi moden.
Salah satu ‘keajaiban’ ini ialah Project Nimbus, infrastruktur pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan lain teknologi oleh kerajaan Israel dan tenteranya. Ini, membolehkan Genosid; pembunuhan beramai-ramai berkuasa-AI. Kontraktor untuk Project Nimbus ialah Google dan Amazon Web Services (AWS). Kedua-dua syarikat teknologi ini telah memilih untuk berada di pihak yang salah dalam sejarah dengan bersubahat dalam genosid yang berterusan. Kakitangan mereka sendiri telah bangkit bersuara untuk membantah penyertaan syarikat mereka dalam projek ini. Akibat bersubahat dalam Project Nimbus, Google dan AWS berada dalam senarai sasaran tekanan BDS.
Oleh itu, kami amat kecewa, bahawa kerajaan Malaysia, yang telah mengeluarkan berbagai kenyataan menyokong perjuangan Palestin dan kutukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sedang menghamparkan permaidani merah kepada AWS, pemboleh genosid untuk meningkatkan operasinya di negara ini. Kami merujuk kepada laporan akhbar mengenai rancangan AWS untuk melabur RM29.2 bilion dalam tempoh 14 tahun di Malaysia.
Walaupun kami menghargai sepenuhnya keperluan untuk menarik pelaburan asing ke negara ini dan menyokong serta memuji usaha kerajaan untuk berbuat demikian, kami amat berharap para pembuat keputusan tidak menutup mata terhadap berbagai pengisytiharan Malaysia di persada dunia yang menyatakan akan melakukan segala yang termampu untuk membantu perjuangan Palestin. Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk membantu adalah dengan menjelaskan kepada entiti yang terlibat dengan rejim Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai bahawa mereka tidak dialu-alukan, melainkan dan sehingga mereka menghentikan keterlibatan dalam genosid. Tindakan sedemikian bukan sahaja betul dari segi moral, malah juga selaras dengan gesaan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa agar negara anggota menamatkan setiap cara bersubahat dalam genosid di Gaza dan mengenakan tekanan ke atas entiti korporat yang masih bersubahat, seperti AWS. Untuk mewajarkan menerima pelaburan daripada pemboleh-genosid seperti AWS atas alasan pekerjaan dan faedah ekonomi lain yang mungkin dibawa oleh pelaburan kepada rakyat kita adalah serupa dengan seseorang yang mewajarkan rasuahnya semata-mata kerana dia ingin membantu keluarganya. Kami mengharapkan pendekatan yang lebih berprinsip oleh kerajaan kita dalam perkara ini. Oleh itu, kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula keputusannya mengenai AWS agar selaras dengan pendiriannya terhadap perjuangan Palestin dan hasratnya untuk menjadi anggota PBB yang bertanggungjawab.
Versi Bahasa Inggeris:
MEDIA STATEMENT
AMAZON WEB SERVICES (AWS) AND PROJECT NIMBUS
The genocide of Palestinians in Gaza by that last outpost of apartheid and settler-colonialism, Israel, continues even as this is being written. It is live-streamed and widely reported, not least by its victims, the Gazans themselves. More than 41,000 civilians have died, 17,000 of whom are children. That this horror can continue unabated is profoundly repulsive to anyone still with some semblance of a conscience and disabuses one of the notion that such a relentless slaughter of innocents can only occur in some ancient and medieval times. It is mass killing taking place in this day and age with the fullest assistance of the wonders of our modern technological era.
One of those ‘wonders’ is Project Nimbus, the cloud computing infrastructure, artificial intelligence (AI) and other technology capabilities of the Israeli government and its military that enable its AI-powered genocide. The contractors for Project Nimbus are Google and Amazon Web Services (AWS). These two tech companies have chosen to be on the wrong side of history and accomplices to an ongoing genocide. Their own staff have risen to speak out and protest against their companies’ participation in the project. Because of Project Nimbus, both Google and AWS are on BDS’s list of targets of pressure.
It is therefore with the greatest disappointment we note that the Malaysian government, despite all its pronouncements in support of the Palestinian cause and condemnations of the genocide in Gaza, is rolling out the red carpet to genocide-enabler AWS to enhance its operations in this country. We refer to press reports on AWS’ plans to invest RM29.2 billion over 14 years in Malaysia.
While we fully appreciate the need to attract foreign investment to the country and support and commend efforts by the government to do so, we also hope that decision-makers do not turn a blind eye to Malaysia’s many declarations on the world stage that we will do everything we can to help the Palestinian cause. One practicable way at our disposal to help is by making it clear to entities complicit with the genocidal Israeli regime that they are not welcomed unless and until they cease that complicity. Such a move would not only be morally right but also in line with calls by the United Nations General Assembly and the International Court of Justice for member states to end every mode of complicity with the genocide in Gaza and to apply pressure on those corporate entities which are still complicit, such as AWS.
To justify accepting investments from genocide-enablers such as AWS on the grounds of the jobs and other economic benefits the investments may bring to our people is akin to someone justifying his corruption simply because he wants to help his family. We expect a more principled approach by our government in the matter.
We therefore call on the Malaysian government to review its decision concerning AWS to be in line with its stance on the Palestinian cause and its stated desire to be a responsible member of the United Nations.
6 Oktober 2024
1. BDS Malaysia
2. MERCY Malaysia
3. HALUAN
4. Pertubuhan Kembara Sukarelawan Malaysia (VTM)
5. Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia
6. Cakna Palestin
7. Wanita PERKIM Seremban (WPS)
8. Rumah Ngaji Negeri Sembilan
9. Persatuan Kebajikan Qurraa Malaysia
10. Centhra Malaysia
11. Sekretariat Solidariti Palestin
12. Palestinian Center of Excellence (PACE)
13. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
14. Persatuan Mantan Professor Universiti Malaya (PMPUM)
15. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
16. ACCIN
17. Persatuan Mawaddah Malaysia
18. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
19. Yayasan Amal Malaysia
20. Ikram Muda Malaysia
21. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
22. Aliran
23. Muslim Care Malaysia