NORMALISASI ARAB-ISRAEL: APA REAKSI KITA?

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita perdamaian antara beberapa negara Arab dengan rejim Zionis Israel.

Perdamaian ini dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (US) bertindak sebagai broker.

Perdamaian ini dikecam oleh pelbagai pihak yang melihat ia sebagai bertentangan dengan pendirian negara-negara Arab dan Islam selama ini yang menolak perdamaian dengan rejim Zionis Israel selagi entiti itu enggan mematuhi undang-undang dan resolusi antarabangsa yang telah diputuskan.

Terbaru, kita mendengar berita Indonesia cuba disogok oleh US dengan pelaburan bernilai trillion dolar untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagaimana dengan Malaysia? Apa pendirian kita terhadap perkembangan ini?

Apakah kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang perkembangan ini kepada rakyat Palestin?

Ikuti pandangan ahli akademik, wakil-wakil NGO dan ahli politik kita terhadap isu ini pada:

9 JAN 2020 (SABTU)
2.30 – 4.30 PETANG
LIVE @ Facebook BDS Malaysia

https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia

Ahli Panel:

YB Syed Ibrahim Syed Noh,
Ahli Parlimen Ledang

YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin,
Ahli Dewan Negara

Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Universiti Malaya (UM)

Prof. Dr. Chandra Muzaffar,
International Movement for a Just World (JUST)

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Pn. Azra Banu,
Viva Palestina Malaysia (VPM)

Muslim Imran,
Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)

Tn. Hj. Badlishah Sham Bahrin,
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

Tn. Hj. Sahak Yasin,
Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN)

Pn. Sri Norma Hashim,
Al-Fitrah Foundation

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Siti Dayana Zawani Ahmad Fathi
Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)

Nurul Aqilah Mahmud
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Moderator :

Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail,
Boycott, Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia