Minggu Apartheid Israel (IAW) 2021 – Seruan Menentang Perkauman, Penjajahan, dan Apartheid

Sesungguhnya sikap perkauman akan menghancurkan jiwa dunia.

Sesungguhnya sikap perkauman akan melenyapkan nilai kemanusiaan di antara kita

Kita menyedari bahawa mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh akan menggunakannya untuk menimbulkan syak wasangka dan kebencian antara kita, serta memisahkan antara kita, dan dari impian kita.

Pada tahun 2020 sahaja, beribu-ribu pelarian dan pendatang telah kehilangan nyawa kerana dasar penghijrahan yang berbentuk perkauman, yang diamalkan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Kekejaman pihak polis telah meragut nyawa ratusan orang berkulit hitam di Amerika Syarikat

Rejim Israel yang telah puluhan tahun mengamalkan dasar apartheid, dan yang melakukan penjajahan kententeraan  terhadap warga Palestin, masih terus melakukannya tanpa disekat oleh mana-mana pihak. Rejim ini menzalimi seluruh rakyat Palestin dengan menggunakan berbagai-bagai institusi perkauman. Rejim ini juga menindas warga Palestin dengan cara yang sistematik sekaligus menafikan hak mereka yang paling asas.

Di seluruh dunia, ramai yang tidak dapat menikmati kebebasan dan hak yang sama rata, semata-mata atas sebab lokasi kelahiran mereka, atau warna kulit mereka.

Inilah realiti jelek yang sedang kita hadapi. Tetapi ia bukan sesuatu yang kita mahukan.

Sesungguhmya kita tidak akan menerima keadaan dimana hak istimewa adalah untuk sebilangan kecil mereka yang mempunyai kuasa sahaja. Kita menuntut hak yang sama rata dan adil untuk semua.

Kita dan berjuta-juta rakyat diseluruh dunia yang berwawasan seperti kita sanggup turun ke jalan untuk memprotes perkauman yag sistematik, keganasan terhadap wanita, kehancuran kepada alam sekitar, dan sistem ekonomi yang menzalimi golongan yang lemah dan miskin.

Kita tidak akan berhenti sehingga kita meruntuhkan struktur masyarakat yang menindas golongan yang lemah.

Kita tidak akan berhenti menentang ketidakadilan

Kita akan terus mengimpikan kebebasan, keadilan, dan hak untuk semua.

Kita memerlukan semua suara bersatu di seluruh dunia dalam perjuangan menamatkan perkauman, penjajahan, dan apartheid.

Jika kita bersama dan bersatu hati, perjuangan kita tidak akan dapat disekat dan digagalkan.

Kita akan berdiri bersama-sama dan bersatu hati menentang perkauman.

Versi Bahasa Inggeris:

Israeli Apartheid Week (IAW) 2021 – The Call Against Racism, Colonialism, and Apartheid

Racism tears the soul of the world

It strips us of our humanity

Those in power use it to generate fear and separate us from each other and from our dreams

In 2020 alone, thousands of migrants have lost their lives because of the racist migration policies

imposed by the US and fortress Europe

Police brutality has taken the lives of hundreds of black people in the US

Israel ́s regime of apartheid, colonialism, and military occupation has gone unpunished for

decades,

subjecting the entire Palestinian people to a system of institutionalized and systematic racial

oppression that denies their most basic rights

Many cannot enjoy freedom and equality because of where they are born or the color of their skin.

This is the ugly reality we have, but not the beautiful one we want

We don’t accept privileges for a few

We demand rights for all.

We and millions like us take to the streets to protest against systemic racism, patriarchal

violence, climate injustice, neoliberal austerity, and economic inequality.

We will not stop until we tear down the structures of oppression

We will not stop resisting injustice

We will continue dreaming of freedom, justice, and rights for all.

We need all our voices united across the world to end racism, colonialism, and apartheid.

Together we are unstoppable.

Stand united against racism