Menolak Blackrock – Perkara yang Wajar, Beretika dan Terhormat untuk Dilakukan
Kami merujuk kepada isu membenarkan BlackRock memperoleh 25% pegangan saham (melalui anak syarikat milik penuh GIP) dalam penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Untuk kekal konsisten dengan pendirian dan tindakan perdana menteri dan kerajaan Malaysia terhadap Palestin selama ini, adalah penting kerajaan Malaysia tidak membenarkan entiti yang terlibat dalam kekejaman di Palestin bertapak di negara kita.
Umum mengetahui bahawa BlackRock telah dikenal pasti terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan di Gaza. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, dalam satu kenyataan bertarikh 20 Jun 2024, secara jelas menamakan BlackRock sebagai institusi kewangan yang melabur dalam syarikat-syarikat pengeluar senjata yang membekalkan senjata kepada Israel. Menurut kenyataan tersebut, kegagalan BlackRock untuk memutuskan hubungan dengan pengeluar-pengeluar senjata tersebut bermakna BlackRock terbabit secara langsung dalam kesalahan pelanggaran hak asasi manusia di Gaza.
Tersirat dalam kenyataan PBB ialah kewajipan bagi negara anggota untuk memberikan tekanan, dengan apa-apa cara yang ada, kepada pihak yang terlibat dalam atau membolehkan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, agar menghentikan tindakan mereka serta-merta. Oleh itu, Malaysia sebagai negara anggota PBB harus mengambil kira seruan itu. Malaysia wajib dengan segera memberitahu BlackRock bahawa ia bukan rakan kongsi yang dialu-alukan dalam pemilikan dan pengendalian lapangan terbang kita.
Situasinya yang sedang berlaku di Palestin adalah sebenarnya agak mudah untuk difahami dan diketahui umum iaitu satu entiti Zionis sedang berkuasa di bumi Palestin. Entiti tersebut sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza atas dasar perkauman dan bermotifkan penjajahan. Untuk menghentikan kekejaman ini, semua pihak yang bencikan kezaliman yang sedang berlaku ini mesti bertindak secara kolektif untuk menyekat entiti Zionis ini dari terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap warga Palestin.
Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan tidak mengadakan sebarang kerjasama atau melabur dalam entiti yang terlibat dalam jenayah Israel. Ini sepatutnya menjadi asas yang jelas kepada keputusan untuk tidak membenarkan BlackRock terlibat dalam MAHB, iaitu sebuah aset negara kita yang strategik.
Sehubungan dengan itu, kami menggesa Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang betul dan wajar dan menolak penglibatan Blackrock di dalam pemilikan MAHB, sekaligus menjunjung komitmen Malaysia terhadap hak asasi manusia dan tadbir urus beretika.
24 Jun 2024
Rejecting Blackrock – the Conscionable, Ethical and Honourable Thing to Do.
We refer to the issue of allowing BlackRock to acquire a 25% shareholding (through GIP, its fully-owned subsidiary) in the privatisation of Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
The prime minister and the Malaysian government’s stance and actions on Palestine have thus far been commendable. To remain consistent, it is imperative that Malaysia does not allow entities complicit in atrocities being committed in Palestine a foothold in our nation.
It is now public knowledge that BlackRock has been identified as complicit in the ongoing human rights violations in Gaza. The UN Office of the High Commissioner for Human Rights, in a statement dated 20 June 2024, explicitly named BlackRock as a financial institution investing in arms manufacturers supplying weapons to Israel. The statement also stresses that failure to sever ties with these manufacturers implicates BlackRock in no uncertain terms.
Implicit in the UN statement is the obligation for member states to exert pressure, by any means available, on parties complicit in or enabling war crimes and genocide in Gaza to cease their actions immediately.
Malaysia as a UN member state should take heed of that call and fully oblige by immediately telling BlackRock that it is not a welcomed partner in the ownership and running of our airports.
The situation is straightforward and widely understood: a Zionist entity is conducting a settler-colonial and racist genocide in Gaza. To halt this atrocity, those opposing genocide must act collectively to disrupt the systems enabling such crimes against humanity. This means refusing to engage or collaborate with entities complicit in these actions. Understanding this context clarifies why BlackRock should not be allowed any involvement in our nation’s strategic assets.
In light of these points, we urge the Prime Minister to make the right and conscionable decision and say ‘NO’ to Blackrock and uphold Malaysia’s commitment to human rights and ethical governance.
June 24, 2024.
1. BDS Malaysia
2. Palestinian Progressive Association Malaysia PPA-M.
3. KDMRS Muslim
4. Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN)
5. Pertubuhan Kembara Kesukarelawanan Malaysia
6. Centhra Malaysia
7. Friends of Palestine (FoP)
8. Quds Foundation Malaysia (QFM)
9. Persatuan Academia IKRAM Malaysia
10. Persatuan Cakna Palestin Malaysia
11. SEJAGAT
12. Muslim Care Malaysia
13. Palestinian Forum Malaysia
14. HALUAN
15. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
16. Viva Palestina Malaysia
17. Muslim Volunteer Malaysia
18. Yayasan Amal Malaysia
19. Persatuan Cinta Gaza Malaysia
20. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia (KUMS)
21. IKRAM
22. MAPIM
23. Palestinian Cultural Organisation of Malaysia (PCOM)
24. Persatuan Mawaddah Malaysia
25. Movement for Monetary Justice Malaysia (MMJ)
26. Yayasan Amal Malaysia
27. World Tamilar Protection Secretariat
28. Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya (PMPUM).