Menghargai GIANT Hypermarket atas tindakan segera menarik produk Israel

BDS Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada Giant Hypermarket atas tindakan segera mereka menarik balik produk Israel (berjenama Shay Shaul) dari rak mereka.

 

Kami mengalu-alukan keputusan ini kerana ia adalah satu langkah yang tepat. Kami juga ingin memuji Giant Hypermarket atas komitmen moral mereka menentang penjajahan dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin.

BDS Malaysia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyuarakan protes mereka terhadap Giant Hypermarket.

 

BDS adalah pergerakan global yang aman yang bertujuan untuk mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas Israel supaya mengembalikan hak rakyat Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

 

Gerakan BDS jelas semakin kuat dan berpengaruh dan keputusan oleh Giant Hypermarket merupakan satu lagi kemenangan dalam sejarah perjuangannya menentang kezaliman Israel.

 

BDS Malaysia berdiri bersama secara padu dengan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha memberi tekanan kepada Israel untuk menamatkan pendudukan dan penindasan rakyat Palestin.

 

Prof Mohd Nazari Ismail

Pengerusi

BDS Malaysia