Memorandum Kepada Pengurusan PNB dan Sime Darby – Hentikan Kerjasama Dengan Caterpillar
Antara ciri yang paling dahsyat dan kejam dalam penjajahan jenayah rejim Israel di Palestin ialah pemusnahan puluhan ribu rumah penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan menggunakan jentolak gergasi. Kegiatan tidak berperi kemanusian ini sering mengakibatkan kematian kerana jentolak kadangkala sengaja merobohkan rumah ketika penghuni masih berada di dalam kediaman.
Jentolak gergasi ini juga digunakan untuk memusnahkan jalan raya, sistem bekalan air dan sistem bekalan elektrik di bandar-bandar Palestin di Tebing Barat. Jentolak itu juga digunakan di Tebing Barat untuk membina ratusan penempatan haram Israel di atas tanah yang dirampas secara haram daripada rakyat Palestin.
Pada masa ini, jentolak gergasi sedang digunakan untuk melakukan Genosid di Gaza. Baru-baru ini, beberapa pelarian Palestin yang tinggal di sekitar hospital di Gaza telah dibunuh dengan kejam apabila jentolak melanggar khemah mereka dan menimbus mereka hidup-hidup.
Jentolak yang paling sering digunakan oleh rejim Israel yang zalim ini dibekalkan oleh syarikat Caterpillar yang ber ibu pejabat di Amerika Syarikat. Sime Darby mengedarkan jentera Caterpillar di rantau Asia Pasifik. PNB ialah pemegang saham terbesar Sime Darby.
Kami menyeru PNB untuk mendesak dan memberi tekanan kepada syarikat Sime Darby agar menamatkan hubungan perniagaan mereka dengan syarikat Caterpillar selagi Caterpillar tidak berhenti membantu Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Ini adalah sumbangan kemanusian minimum yang boleh dilakukan oleh Malaysia demi menghentikan genosid yang Israel masih lakukan terhadap rakyat Palestin.
~~~~~~~~~~~~~
English version:
Memorandum to the Management of PNB and Sime Darby – Stop All Cooperation With Caterpillar
Among the most terrible features of the Israeli regime’s criminal occupation of Palestine is the destruction of tens of thousands of Palestinian homes in the West Bank and Gaza Strip by using giant bulldozers. This barbaric activity often results in death because the bulldozers sometimes demolish the homes when the occupants are still inside.
These giant bulldozers are also used to destroy roads, water supply systems and electricity supply systems in Palestinian cities in the West Bank. The bulldozers are also used in the West Bank to build hundreds of illegal Israeli settlements on land illegally seized from the Palestinians.
Right now, giant bulldozers are being used to commit genocide in Gaza. Recently, some displaced Palestinian refugees living around a hospital in Gaza were brutally killed when the bulldozers ran over their tents and buried them alive.
The bulldozer most often used by the tyrannical Israeli regime is supplied by the United States-based Caterpillar company. Sime Darby distributes Caterpillar machinery in the Asia Pacific region. PNB is the largest shareholder of Sime Darby.
We call on PNB to put pressure on the Sime Darby company to end their business relationship with the Caterpillar company as long as Caterpillar does not stop helping Israel commit atrocities against the Palestinian people.
This is the minimum contribution that Malaysia can make to stop the genocide that Israel is committing against the Palestinian people.
20 September 2024