PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI WARGA PALESTIN OLEH ISRAEL – ZAHIRKAN KEMARAHAN KITA TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT
Pertama sekali, kami ingin memuji YAB PM kerana telah menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dengan menghubungi dan bercakap dengan Encik Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas, parti pemerintah wilayah Palestin di Gaza. Langkah tersebut oleh YAB PM amat berharga dalam meyakinkan saudara dan saudari Palestin kita bahawa perjuangan mereka untuk kebebasan dan keadilan adalah yang paling utama dalam benak pemikiran kerajaan dan rakyat Malaysia.
Pada 18 Oktober lalu rakyat Malaysia telah menerima berita tentang kebejatan yang amat memuakkan oleh tentera Zionis iaitu pengeboman Hospital Al-Ahli milik Gereja Anglikan di Gaza yang telah mengakibatkan lebih dari 500 rakyat Palestin terbunuh. Ini adalah jenayah perang yang amat kejam oleh pihak Zionis dan layak menerima kecaman global. Namun kita juga sedar bahawa jenayah Zionis Israel berterusan selama ini kerana mereka telah selama ini mendapat sokongan buta dan tanpa syarat daripada Amerika Syarikat.
Kami ambil perhatian bahawa bulan lepas semasa sidang kemuncak ASEAN-AS di Jakarta, YAB PM mencadangkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih mendalam dengan AS. Walaupun niat YB PM pada masa itu patut dipuji, namun mesej yang kuat dan terus terang perlu diberikan sekrang ini kepada kerajaan AS bahawa sokongan tanpa syarat mereka kepada rejim Zionis adalah faktor utama yang menggalakkan rejim itu berani melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di Gaza. Keadaan ini mesti dihentikan jika kita serius dalam usaha menyelamatkan nyawa warga Palestin yang tidak berdosa dari terkorban.
Kami, yang bertandatangan di bawah ini menggesa YAB PM untuk TIDAK meneruskan cadangan untuk merapatkan hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat melainkan dan sehingga kerajaan AS mengubah dasar sokongan buta mereka terhadap rejim Zionis. Kami juga menggesa YAB PM untuk tidak menghadiri mesyuarat APEC di San Francisco pada November ini yang dihoskan oleh kerajaan AS. Kerajaan AS mesti disedarkan bahawa semua kata-katanya tentang hak asasi manusia dan kebebasan berdering kosong dan langsung tidak mempunya apa-apa makna selagi ia terus menyokong kezaliman rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap warga Palestin.
23 Oktober 2023
ISRAELI MASSACRE OF PALESTINIANS – SHOW OUR ANGER AT THE UNITED STATES GOVERNMENT
First, we want to commend you for signalling your clear, unequivocal support for the Palestinian cause by reaching out and speaking to Mr Ismail Haniyeh, the leader of Hamas, the governing party of the Palestinian territory of Gaza. It cannot be overemphasised that such a move is invaluable in assuring our Palestinian brothers and sisters that their struggle for freedom and justice is foremost in the thoughts of the Malaysian government and people.
On 18th October 2023, Malaysians woke up to the news of an utterly sickening depravity by the Zionist forces: the Anglican Church-owned Al-Ahli Hospital in Gaza was bombed, resulting in the massacre of at least 500 Palestinians. This is a wanton war crime by the Zionists and fully deserves the global condemnation it is getting. It is not a secret that Israeli criminality is brazen because of the blind and unconditional support it receives from the United States.
We note that during the ASEAN-US summit in Jakarta last month, you proposed deeper trade and investment ties with the US. Notwithstanding the laudable intentions behind the proposals, a strong and blunt message has to be given to the US government that its unconditional and unquestioning support for the Zionist regime is encouraging genocide to be perpetrated against the Palestinian population of Gaza. That has to stop, lest more innocent lives are lost.
We, the undersigned, therefore, strongly urge you NOT to proceed with the proposals for closer economic US-Malaysia ties unless and until the US government changes its policy of blind support for the Zionist regime. We also urge you not to attend the APEC meeting in San Francisco this November hosted by the US government. The US government must realise that all its talk about human rights, freedom and liberty rings hollow when it unquestioningly supports a genocidal Zionist regime.
23 October 2023