MEDIA STATEMENT

Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) refers to the press report dated 31 May 2024 that the Selangor police have recorded seven cases of fast food restaurants being defaced with boycott-related graffiti sparked by the genocide of Palestinian civilians in Gaza by Israel.

BDS Malaysia unequivocally condemns these acts of vandalism as misguided, foolish, and criminal. The intense emotions caused by the ongoing genocide should be expressed through creative and lawful actions which will advance the Palestinian struggle for freedom and justice.

The BDS movement is rooted in principles of justice and human rights to pressure Israel to comply with international law through peaceful and lawful means. Acts of vandalism undermine our cause and distract from our global community’s legitimate and principled efforts.

We urge all Malaysians to exercise their constitutional right to boycott companies and brands listed on the official BDS boycott list in a manner fully compliant with the laws of our country without engaging in destructive or abusive actions towards any person or property. This is in line with our established policy of non-violence and peaceful action.

A just and noble cause, such as ending the Zionist occupation of Palestine, does not require criminal acts to gain support in the hearts and minds of the public.

BDS Malaysia
1st June 2024

KENYATAAN MEDIA

Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) merujuk kepada laporan akhbar bertarikh 31 Mei 2024 bahawa polis Selangor telah merekodkan tujuh kes restoran makanan segera dicemari dengan grafiti berkaitan boikot yang dicetuskan oleh pembunuhan beramai-ramai penduduk awam Palestin di Gaza oleh Israel. .

BDS Malaysia dengan tegas mengutuk perbuatan vandalisme ini sebagai tersasar, tidak cerdik dan satu jenayah yang perlu dibanteras. Emosi kuat yang disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza harus dizahirkan melalui tindakan kreatif dan sah yang akan membantu menjayakan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Zionis.

Pergerakan BDS adalah berasaskan prinsip keadilan dan hak asasi manusia. Objektif kami ialah menekan Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa melalui cara yang aman dan sah. Tindakan vandalisme akan menjejaskan gerakan boikot dan mengalihkan perhatian daripada usaha global yang sah dan berprinsip.

Kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk menggunakan hak perlembagaan mereka untuk memboikot syarikat dan jenama yang disenaraikan dalam senarai boikot rasmi BDS dengan cara yang mematuhi undang-undang negara kita, tanpa terlibat dalam tindakan yang merosakkan harta benda atau melibatkan ucapan yang kesat terhadap mana-mana pihak. Ini adalah selaras dengan dasar kami yang telah ditetapkan iaitu tanpa kekerasan dan melalui tindakan aman.
Gerakan BDS adalah mempunyai tujuan yang adil dan mulia, iaitu menamatkan penjajahan Zionis di Palestin. Gerakan ini tidak memerlukan tindakan jenayah untuk mendapatkan sokongan di hati dan minda orang ramai.

BDS Malaysia
1 Jun 2024