We, the undersigned, note a news report that stated the US Treasury Department’s top sanctions official will travel to Malaysia next week to pressure it to stop the flow of funds to organizations involved in the Palestinian cause. The US government is also reported to plan to warn Malaysia that it may impose sanctions on Malaysia in this matter.
We wish to reiterate that Malaysia is a sovereign nation that is not going to be easily pushed around by foreign powers, especially those that are complicit with the Israeli crimes of genocide against the Palestinian people, many of whom are innocent women and children.
We also call upon the Malaysian government to remind the US government’s representatives that millions of ordinary Americans are opposing its complicity in the Israeli crimes of genocide against the Palestinian people, especially the youth who are telling their government that its stance is not only counter to the core values of the American society, but also hypocritical and on the wrong side of history.
We, therefore, call upon the Malaysian government to stand firm in supporting the Palestinian cause and to maintain its stance of recognizing and supporting parties that are fighting for freedom, justice and equality for the Palestinian people. Any threat of sanctions by the hypocritical US government must not sway it from upholding its noble stance of standing together with the oppressed people of Palestine.
3 May 2024
Kerajaan Malaysia Mesti Bertegas Menentang Arahan Amerika Syarikat
Kami, yang bertandatangan di bawah mengambil maklum mengenai laporan berita yang menyatakan bahawa pegawai sekatan tertinggi Jabatan Perbendaharaan AS akan mengadakan perjalanan ke Malaysia pada minggu hadapan bagi memberi tekanan kepada Malaysia supaya menghentikan aliran dana kepada organisasi-organisasi yang terlibat dalam perjuangan Palestin. Kerajaan AS juga dilaporkan merancang untuk memberi amaran kepada Malaysia bahawa Amerika akan mengenakan sekatan ke atas Malaysia berkaitan hal ini.
Kami ingin menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang tidak semudahnya ditekan oleh kuasa asing terutamanya yang bersubahat membantu jenayah genosid Israel terhadap rakyat Palestin, yang kebanyakkan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.
Kami juga menyeru kerajaan Malaysia untuk mengingatkan wakil kerajaan Amerika tersebut bahawa jutaan rakyat awam Amerika menentang keterlibatan Amerika dalam jenayah genosid Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya daripada golongan belia Amerika yang secara terbuka telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan Amerika tersebut bukan sahaja bertentangan dengan nilai teras masyarakat Amerika, namun ia turut menyerlahkan sikap hipokrit dan meletakkan Amerika di sisi sejarah yang salah.
Kami, oleh yang demikian menyeru kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendirian tegas Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin dan kekal dengan pendirian mengiktiraf dan menyokong pihak-pihak yang berjuang untuk pembebasan, keadilan dan kesaksamaan bagi rakyat Palestin. Sebarang ancaman sekatan oleh kerajaan Amerika yang hipokrit tidak boleh menggugat Malaysia daripada mengekalkan pendirian yang mulia untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas.
3 Mei 2024