Kami, NGO-NGO Malaysia yang tersenarai di bawah, menyatakan rasa kecewa yang amat sangat terhadap keputusan terkini kerajaan Malaysia melalui syarikat penerbangan kebangsaan milik penuhnya, Malaysia Airlines, untuk membeli pesawat daripada Boeing.
Adalah fakta yang diketahui umum bahawa Boeing terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang berlaku. Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), dalam kenyataannya pada 20 Jun 2024, telah secara jelas menamakan Boeing sebagai salah sebuah syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel, sehingga memungkinkan kempen ketenteraan kejamnya yang telah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Malaysia sejak lama menyanjung diri sebagai penyokong vokal hak Palestin, mengutuk keganasan Israel, dan menyokong seruan antarabangsa untuk keadilan. Malaysia juga merupakan ahli Kumpulan The Hague yang bertujuan melaksanakan undang-undang antarabangsa ke atas Israel. Namun, perjanjian dengan Boeing ini mendedahkan percanggahan yang terang-terangan. Malaysia tidak boleh mendakwa berdiri bersama Palestin sambil mengaut keuntungan daripada syarikat yang membekalkan senjata kepada penindas mereka. Kepentingan ekonomi tidak boleh mengatasi hak asasi manusia, dan keputusan ini menggugat kredibiliti Malaysia di arena global.
Dengan memilih berurus niaga dengan Boeing, Malaysia secara tidak langsung mensubsidi syarikat yang mengaut keuntungan daripada apartheid, pembunuhan beramai-ramai, dan jenayah perang. Tindakan ini tidak boleh dipertahankan dari sudut moral dan merupakan pengkhianatan terhadap solidariti yang diuar-uarkan Malaysia untuk Palestin.
Kami menyeru kerajaan Malaysia agar SEGERA:
Jika Malaysia benar-benar komited terhadap keadilan untuk Palestin, dasar ekonominya mesti selari dengan retorik politiknya. Tidak boleh wujud urusan biasa dengan syarikat yang menyemarakkan pembunuhan beramai-ramai.
26 Mac 2025
We note with great disappointment the recent decision by the Malaysian government, through its wholly-owned flag carrier, Malaysia Airlines, to purchase aircraft from Boeing.
It is a well-known fact that Boeing is complicit in the ongoing genocide of Palestinians. The United Nations Human Rights Council, in its statement of 20 June 2024, has explicitly named Boeing as one of the corporations supplying weapons to Israel, enabling its brutal military campaign that has killed tens of thousands of Palestinians, including women and children.
Malaysia has long positioned itself as a vocal advocate for Palestinian rights, condemning Israeli aggression and supporting international calls for justice. Malaysia, too, is a member of The Hague Group, which aims to bring international law to bear on Israel. However, this deal with Boeing exposes a glaring inconsistency. Malaysia cannot claim to stand with Palestine while enriching a corporation that arms its oppressors. Economic interests must never outweigh fundamental human rights, and this decision undermines Malaysia’s credibility on the global stage.
By choosing to do business with Boeing, Malaysia is indirectly subsidising a company that profits from apartheid, mass murder and war crimes and, therefore, morally indefensible and a betrayal of Malaysia’s professed solidarity with Palestine.
We call on the Malaysian government to immediately cancel this purchase and cease all dealings with Boeing until the company ends its weapons supply to Israel. If Malaysia is genuinely committed to justice for Palestine, it must align its economic policies with its political rhetoric. There can be no business, as usual, with corporations that fuel genocide.
26 March 2025