Kerajaan Malaysia Mesti Menyekat Pemain Skuasy Israel Memasuki Negara

25 November 2021

Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk menyekat kemasukan warga Israel, pemain atau sebaliknya, ke Malaysia untuk Kejohanan Skuasy Dunia yang dijadualkan pada bulan Disember.
Larangan sedemikian adalah selaras dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf negara Israel dan dengan itu tidak mempunyai sebarang hubungan sukan atau apa-apa jenis hubungan dengan negara apartheid Zionis itu selagi ia melakukan penindasan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Palestin.
Pengharaman kerajaan Malaysia terhadap kemasukan atlet Israel ke negara kita adalah polisi yang sedia wujud dan kita seharusnya tidak berkompromi dan mesti terus mengekalkan dasar dan prinsip memboikot negara apartheid tersebut. Pendirian ini adalah bersamaan dengan pendirian kita memboikot Afrika Selatan semasa rejim apartheid memerintah negara tersebut satu ketika dahulu.
Ungkapan bahawa kita tidak seharusnya mencampurkan sukan dan politik adalah jelas ungkapan yang karut. Ini terbukti dengan langkah beberapa kerajaan barat membuat kenyataan kontroversi sekarang ini mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan datang.
Sebarang tindakan membenarkan atlet Israel memasuki negara kita adalah seolah-olah memulakan hubungan sukan dengan rejim apartheid Zionis. Ia juga seolah-olah kita tidak peka dengan jenayah yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Kami dengan ini mengulangi gesaan kami yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Malaysia untuk melarang kemasukan warga Israel ke kejohanan skuasy dunia yang bakal diadakan di negara kita.

MEDIA STATEMENT FROM MALAYSIAN NGOs

THE MALAYSIAN GOVERNMENT MUST PROHIBIT ISRAELI SQUASH PLAYERS FROM ENTERING THE COUNTRY

25 November 2021

We strongly call on the Malaysian government to prohibit the entry of Israelis, players or otherwise, to Malaysia for the World Squash Championship due in December.
Such a ban would be consistent with the country’s policy of not recognising Israel and thus not having any sporting or any other kind of ties with the Zionist apartheid state as long as its oppression and gross violations of the human rights of Palestinians continue.
The government banning Israeli athletes from the country already has its precedents and we should be uncompromising and unapologetic in maintaining the policy and principle of boycotting the apartheid pariah state, just as we were unwavering and steadfast in boycotting South Africa during its apartheid regime.
Talk of not mixing sports and politics clearly is nonsense and self-serving as can be seen with the current controversy regarding the forthcoming Winter Olympics.
To allow Israeli athletes to enter the country is tantamount to initiating sporting ties with the Zionist apartheid regime and pretending that its crimes against the Palestinians are not happening.
We hereby reiterate our clear and unequivocal call on the Malaysian government to prohibit entry of Israelis to the squash championship.

  1. BDS Malaysia
  2. Al-Quds Foundation Malaysia
  3. Cakna Palestin
  4. MyAqsa Defenders
  5. Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations.
  6. MMJ / Gerakan Keadilan Monetari.
  7. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
  8. HALUAN MALAYSIA
  9. Citizens International (CI)
  10. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
  11. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  12. SALIMAH
  13. MyChild International
  14. Secretariate Ullama Assembly of Asia
  15. Alliance of World Mosques in Defence of Al Aqsa
  16. ABIM
  17. Global Peace Mission