BDS Malaysia dimaklumkan bahawa beberapa peserta yang menyertai perarakan bantahan yang berakhir di KLCC telah dinafikan untuk masuk ke pusat beli-belah Suria KLCC. Ada yang hanya memakai Keffiyeh atau selendang Palestin. Seorang wanita yang berjalan masuk sambil memegang bendera Palestin telah dihadang oleh beberapa pengawal keselamatan yang cuba merampas benderanya. Pegawai keselamatan telah mengasari Encik Tian Chua yang cuba menghalang, demi meleraikan tindakan tersebut.
BDS Malaysia amat kecewa dengan reaksi kakitangan Suria KLCC terhadap peserta protes dan kenyataan yang tidak wajar yang dikeluarkan oleh pengurusan Suria KLCC yang cuba mewajarkan tindakan kakitangannya dengan mengatakan bahawa ia adalah batang kayu panjang yang dipasang bendera Palestin menjadi isu utama. Padahal, bakal pelanggan pusat beli-belah lain yang memakai keffiyeh Palestin dan membawa poster pro-Palestin juga tidak dibenarkan masuk.
Melayan penunjuk perasaan yang menyokong perjuangan keadilan di Palestin dan menentang genosid di Gaza sebagai ancaman keselamatan yang berpotensi atau pembuat masalah, adalah lumrah
di negara-negara pro-Zionis. Tetapi ini, tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, sebuah negara yang secara konsisten menyatakan sokongan padu demi kebebasan dan keadilan bagi rakyat Palestin. Tindakan kakitangan keselamatan Suria KLCC sememangnya memalukan dan mencemarkan imej global kerajaan Malaysia sebagai pihak yang tegas memihak kepada Palestin.
Kami menyeru pihak pengurusan Suria KLCC untuk:
BDS Malaysia
7 September 2025.