BDS Malaysia (gerakan memboikot Israel) memuji keputusan G4S untuk melupuskan kesemua pelaburannya daripada negara apartheid Israel berikutan pengakuan terbuka oleh pemilik G4S bahawa mereka tidak lagi mahu dikaitkan lagi dengan kezaliman rejim yang melakukan penyeksaan terhadap tahanan politik Palestin, termasuk kanak-kanak, yang telah didokumentasikan secara meluas oleh beberapa organisasi hak asasi manusia.
Keputusan oleh G4S adalah kemenangan penting dalam kempen oleh gerakan BDS di seluruh dunia untuk menamatkan keterlibatan korporat dalam negara apartheid Israel yang terus mencabul hak asasi manusia terhadap penduduk asli Palestin. Dalam hal ini, kami mengulangi seruan kami kepada Puma, Hewlett-Packard dan Caterpillar untuk mencontohi keputusan G4S untuk menamatkan keterlibatan mereka dengan jenayah apartheid Israel. Sesungguhnya rejim aparteid Israel tidak layak diberikan sebarang kehormatan dan normalisasi.
Pelupusan pelaburan G4S ini membuktikan kepada dunia bahawa walaupun mesin propaganda yang mengekalkan apartheid Israel adalah berpengaruh, namun kempen akar umbi global yang bersatu dan intensif masih boleh mengalahkannya. Tidak seperti apartheid Israel, kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan di Palestin adalah hakikat yang benar, yang masanya kini telah tiba.
BDS Malaysia
9 Jun 2023
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia
https://bdsmalaysia.com/
Media Statement by BDS Malaysia
Boycott, Divestment and Sanctions – Malaysia (BDS Malaysia) commends the decision by G4S to divest entirely from apartheid Israel following the open admission by the owner of G4S that Israeli torture against Palestinian political prisoners, including children, which human rights organisations have widely documented, is not the kind of activity they want to endorse.
The decision by G4S is a significant victory in the campaign by the BDS movement worldwide to end corporate complicity in apartheid Israel’s human rights abuses against indigenous Palestinians. In this respect, we repeat our call to Puma, Hewlett-Packard and Caterpillar to follow suit henceforth and end their apartheid profiteering and abandon any effort to lend respectability and normality to an apartheid regime.
This G4S divestment proves to the world that though the propaganda machine perpetuating Israeli apartheid is massive and powerful, a united and intensive global grassroots campaign can still defeat it. Unlike apartheid Israel, freedom, justice, and equality in Palestine is an idea on the right side of history and whose time has now arrived.
Boycott, Sanctions and Divestment – Malaysia
9 June 2023
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia
https://bdsmalaysia.com/