Kenyataan Media Kesatuan Ulamak Muslim Sedunia (KUMS) berkenaan gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS)


Kesatuan Ulamak Muslim Sedunia cawangan Malaysia (KUMS) mengambil maklum bahawa gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) ialah gerakan yang dipimpin oleh warga Palestin untuk memperjuangkan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan bagi rakyat Palestin. KUMS bersetuju dengan prinsip asas gerakan BDS bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak yang sama seperti umat manusia yang lain di seluruh dunia.

KUMS bersetuju dengan usaha BDS menentang rejim Zionis yang sedang menduduki dan menjajah tanah Palestin, mendiskriminasi warga Palestin dan menafikan hak pelarian Palestin untuk pulang ke rumah mereka. KUMS bersetuju dengan usaha gerakan BDS menggesa agar tindakan diambil
untuk menekan rejim Zionis agar mematuhi undang-undang antarabangsa. KUMS menyedari bahawa gerakan BDS kini merupakan gerakan global yang bertenaga yang terdiri daripada kesatuan pekerja, persatuan akademik, gereja dan pergerakan akar umbi di seluruh dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 2005, BDS mempunyai impak yang besar dan secara berkesan telah mempengaruhi masyarakat antarabangsa untuk mengutuk rejim apartheid dan penjajahan Zionis di bumi Palestin. KUMS bersetuju dengan seruan gerakan BDS Palestin menggesa tekanan tanpa kekerasan ke atas rejim Zionis sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa dengan memenuhi tiga tuntutan:

  1. Menamatkan pendudukan dan penjajahannya ke atas semua tanahArabdanmerobohkan tembok pemisah yang haram itu
  2. Mengiktiraf hak asasi rakyat Arab-Palestin yang masih tinggal di Palestinbersejarah supaya mendapat kesaksamaan sepenuhnya
  3. Menghormati, melindungi dan mempromosikan hak pelarian Palestinuntukpulang ke rumah dan kampung halaman mereka seperti yang ditetapkandalamResolusi PBB 194

KUMS bersetuju dengan usaha gerakan BDS yang memfokus usaha boikot secara berstrategi di mana ia menyeru masyarakat dunia agar memboikot syarikat-syarikat tertentu, yang terlibat dengan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap warga Palestin. KUMS sedar bahawa kadangkala akan berlaku kerugian sementara kepada syarikat tempatan yang berkait dengan syarikat yang diboikot. Namun ini
adalah pengorbanan yang perlu dialami demi memperjuangkan kebenaran dan keadilan di bumi Palestin. KUMS menyeru agar semua pihak di seluruh dunia menyokongan usaha murni gerakan BDS.

Saya yang menjalankan amanah,

(WAN SUBKI WAN SALLEH)
Yang Dipertua
12 Jun 2024
5 Zulhijjah 1445