Kenyataan media dari BDS Malaysia berkenaan Himpunan Palestin Merdeka pada 4 Ogos 2024

Kenyataan media dari BDS Malaysia berkenaan Himpunan Palestin Merdeka pada 4 Ogos 2024

BDS Malaysia dimaklumkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran – Himpunan Palestin Merdeka akan diadakan oleh kerajaan pada 4 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. Perdana Menteri sendiri akan menyampaikan satu pidato kemuncak di acara tersebut.

BDS Malaysia menyeru semua rakyat Malaysia untuk hadir ke acara tersebut bagi memberikan sokongan kepada kerajaan di atas pendirian kuat kerajaan menyokong perjuangan pembebasan Palestin.

BDS Malaysia juga ingin mengingatkan semua pihak berkenaan pendirian gerakan Hamas yang menyeru semua kerajaan dan organisasi agar memboikot Israel serta organisasi yang menyokong Israel dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka baru-baru ini.

Kekejaman Zionis Israel semakin jelas dengan pembunuhan yang dilakukan terhadap Asy Syaheed Ismail Haniyeh beberapa hari lepas walaupun pemimpin Hamas tersebut dalam proses rundingan secara tidak langsung dengan Zionis Israel untuk menamatkan genosid di Gaza. Sehingga hari ini genosid yang dilakukan telah meragut nyawa lebih daripada 40 ribu rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sehubungan itu, BDS Malaysia berharap agar kerajaan Malaysia akan mengumumkan pendirian yang lebih tegas untuk menyokong perjuangan pembebasan Palestin dengan membatalkan rancangan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock kerana syarikat berkenaan adalah penyokong kuat Zionis Israel.

Pengumuman oleh PMX berkenaan perkara ini amat dinanti-nantikan oleh pihak kami dan semua rakyat Malaysia.

BDS Malaysia
2 Ogos 2024

 


Media statement from BDS Malaysia regarding the Free Palestine Assembly on 4 August 2024

BDS Malaysia notes that the government will hold a massive rally, the Free Palestine Rally, on August 4 2024, at Axiata Arena Bukit Jalil. The Prime Minister himself will deliver a keynote speech at the event.

BDS Malaysia calls on all Malaysians to attend the event and support the government’s firm stand on the Palestinian liberation struggle.

The brutality of the Israeli Zionists became more evident with the killing of Asy Syaheed Ismail Haniyeh a few days ago, even though the Hamas leader was in the process of indirect negotiations with the Israeli Zionists to end the genocide in Gaza. Until today, the genocide carried out has claimed the lives of more than 40 thousand innocent Palestinians, including women and children.

BDS Malaysia would also like to remind all parties regarding the stance of the Hamas movement, which calls on all governments and organizations to boycott Israel and organizations that support Israel in their recent statement.

Accordingly, BDS Malaysia hopes that the Malaysian government will announce a firmer stance to support the Palestinian liberation struggle by cancelling the plan to sell MAHB shares to GIP-BlackRock because the company in question is a strong supporter of Zionist Israel.

We and all Malaysians eagerly await PMX’s announcement regarding this matter.

BDS Malaysia
August 2, 2024