KENYATAAN MEDIA BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC) TERHADAP WILAYAH PALESTIN YANG DIDUDUKI: KEMENANGAN UNTUK KEADILAN DAN KEMANUSIAAN

7 Februari 2021

Kami, yang tersenarai di bawah ini, menyokong penuh keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa ia mempunyai bidang kuasa terhadap apa yang berlaku di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Ini adalah keputusan yang merupakan kemenangan bagi keadilan dan kemanusiaan dan isyarat yang jelas bahawa undang-undang rimba, di mana yang kuat dapat melakukan segala jenis kezaliman terhadap yang lemah serta yang tidak terbela, yang sekarang berleluasa di Wilayah Palestin yang Diduduki, perlu disekat dengan serta merta.

Rejim Israel sebagai kuasa penjajah di Wilayah Palestin Yang Diduduki sehingga kini harus dipertanggungjawabkan atas semua tindakannya yang lalu dan semasa terhadap penduduk Palestin. Dalam hubungan ini, pendakwa ICC harus memulai dengan segara penyiasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Israel.

Kami juga mengutuk keengganan kerajaan Amerika Syarikat untuk bersetuju dengan keputusan ICC ini. Kenyataan kerajaan Amerika bahawa keputusan ICC ini adalah tidak berlaku adil terhadap Israel adalah tidak masuk akal dan perlu diketepikan. Pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel adalah sangat jelik serta mengerikan dan tidak dapat disembunyikan lagi. Malahan tindaklaku zalim Israel selama ini adalah juga akibat sokongan yang diberikan oleh Amerika Syarikat. Ini membuktikan bahawa keputusan ICC tersebut sangat diperlukan untuk menyekat kezaliman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Reaksi kerajaan Israel dan Amerika Syarikat terhadap keputusan ICC juga membuktkan bahawa mereka sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah.

Dengan ini kami menyeru ICC untuk menyiasat dengan segera:

  1. Jenayah perang yang dilakukan oleh Israel pada tahun 2014 semasa menyerang Semenanjung Gaza yang menyebabkan lebih daripada 2,200 orang awam terkorban.
  2. Pelanggaran Konvensyen Geneva Keempat di Wilayah Palestin Yang Diduduki di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, di mana penduduk awam Yahudi dipindahkan ke wilayah-wilayah Palestin yang dijajah sehingga mewujudkan penempatan Yahudi yang tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa.
  3. Pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan ratusan orang awam Palestin yang tidak bersenjata, termasuk jururawat dan wartawan, oleh penembak jarak jauh tentera Israel semasa kempen Great Return March oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada tahun 2018.

Individu-individu yang bertanggungjawab atas jenayah kejam di atas mesti dipertanggungjawabkan dan dibawa ke muka pengadilan.

Kami juga menyeru kerajaan Malaysia dan semua kerajaan di seluruh dunia, tanpa mengira sama ada mereka adalah sebahagian dari ICC atau tidak, untuk memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada ICC dalam semua usahanya untuk melaksanakan keadilan di Wilayah Palestin Yang Diduduki dan membela mangsa-mangsa kezaliman rejim Zionis di sana. Penderitaan dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin mesti diberhentikan dari sekarang.

  1. BDS Malaysia
  2. Viva Palestina Malaysia
  3. AlFitrah foundation
  4. Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
  5. Angkatan Belia Islam Malaysia/Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
  6. MyCARE
  7. Gerakan Keadilan Monetari Malaysia (Movement for Monetary Justice)
  8. Malaysian women coalition for alQuds and Palestine (MWCQP)
  9. SEJAGAT
  10. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  11. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia
  12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  13. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
  14. Pendidikan Ikram Musleh Bhd
  15. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  16. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
  17. Yayasan Ikram Malaysia
  18. Majlis Permesyuaratan Rakyat Melayu Patani (MPRMP)/Patani Malay Consultative Congress.
  19. Muslim Business Network Association of Malaysia ( MUBIN )
  20. Pertubuhan al-Nur Negeri Kelantan
  21. Persatuan Ikram Akademia Malaysia
  22. Persatuan Belia Harmoni Malaysia
  23. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
  24. Palestine Scholars Association Abroad in Southeast Asia (PSA)

Versi Bahasa Inggeris:

ICC’S DECISION ON THE OCCUPIED PALESTINIAN TERRITORIES: A VICTORY FOR JUSTICE AND HUMANITY

We, the undersigned, unreservedly support the decision of the International Criminal Court (ICC) that it has jurisdiction over the situation in the Occupied Palestinian Territories (OPT).

It is a decision which is a victory for justice and humanity and a clear signal that the law of the jungle, where the strong can commit all manner of crimes against the weak and defenceless with impunity, now running rampant in the OPT has to cease and cease immediately.

Israel as the occupying power in the OPT must henceforth be held accountable for all its past and current actions against the Palestinian population. In this connection, the ICC prosecutor must commence an investigation immediately into war crimes committed by Israel.

We deplore and condemn the objection of the United States government to the ICC decision. To say that the decision is singling out Israel unfairly is utterly risible and deserves instant dismissal. The violations of international law by Israel are so egregious and beyond concealment, made possible by the diplomatic ‘blank cheque’ provided by the United States – all the more reason why the ICC decision is so needed to halt further victimisation of the Palestinian population.

The reactions of the Israeli and US governments to the ICC decision are clearly those of people who know that the truth is not on their side.

We hereby call on the ICC to investigate:

  1. War crimes committed in the 2014 Israeli attack on the Gaza Strip which left more than 2,200 civilians dead.
  2. Violations of the Fourth Geneva Convention in the OPT of the West Bank and East Jerusalem where the civilian population of the occupying power is moved into the occupied territories thereby creating colonies which are illegal under international law.
  3. The cold-blooded slaughter of hundreds of unarmed civilians, including nurses and journalists, by means of military sharpshooters during the Great Return March of 2018 in the Gaza Strip.

The individuals responsible for the above heinous crimes must be held accountable and brought to justice.

We further call on Malaysia and all countries of the world, whether party to the ICC or not, to extend the fullest support and co-operation to the ICC in all its efforts to bring justice in the OPT and to the victims of unbridled aggression. The agony of and the injustices committed against Palestinians have to end and end now.

  1. BDS Malaysia
  2. Viva Palestina Malaysia
  3. AlFitrah foundation
  4. Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
  5. Angkatan Belia Islam Malaysia/Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
  6. MyCARE
  7. Gerakan Keadilan Monetari Malaysia (Movement for Monetary Justice)
  8. Malaysian women coalition for alQuds and Palestine (MWCQP)
  9. SEJAGAT
  10. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  11. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim seMalaysia
  12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  13. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
  14. Pendidikan Ikram Musleh Bhd
  15. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  16. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)
  17. Yayasan Ikram Malaysia
  18. Majlis Permesyuaratan Rakyat Melayu Patani (MPRMP)/Patani Malay Consultative Congress.
  19. Muslim Business Network Association of Malaysia ( MUBIN )
  20. Pertubuhan al-Nur Negeri Kelantan
  21. Persatuan Ikram Akademia Malaysia
  22. Persatuan Belia Harmoni Malaysia
  23. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
  24. Palestine Scholars Association Abroad in Southeast Asia (PSA)