Kami, NGO-NGO yang tersenarai di bawah, mengambil perhatian tentang fatwa terkini oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Fatwa tersebut jelas membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan negara-negara Islam setakat ini adalah tidak mencukupi kerana kita masih menyaksikan bahawa setiap hari ratusan orang awam di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang dibom dengan kejam sehingga badan-badan mereka berkecai.
Tanpa syak dan ragu lagi, Israel sedang berusaha untuk menyempurnakan rancangan genosid di Gaza dengan secepat mungkin.
Namun masyarakat dunia, termasuk negara-negara Arab dan Islam, masih tidak melakukan sebarang langkah yang konkrit untuk menyekat genosida tersebut.
Kami menyeru pemimpin negara Islam, khususnya pemimpin negara kita, untuk mengambil langkah segera untuk melaksanakan fatwa tersebut demi menyelamatkan rakyat Palestin dari dihapuskan secara total oleh rejim Zionis Israel.
Di samping itu, langkah paling minima yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memutuskan sebarang hubungan perdagangan dengan organisasi yang disenaraikan di dalam kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB pada 20 Jun 2024, sebagai terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Gaza. Ini termasuk syarikat-syarikat berikut:
BAE Systems
Boeing
Caterpillar
General Dynamics
Lockheed Martin
Northrop Grumman
Oshkosh
Rheinmetall AG
Rolls-Royce Power Systems
RTX
ThyssenKrupp
Kami juga menggesa kerajaan Malaysia memberi amaran kepada institusi kewangan yang turut disenaraikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB sebagai menyokong pencabulan hak asasi manusia di Gaza melalui aktiviti pelaburan mereka, bahawa kerajaan Malaysia akan menyekat aktiviti mereka di Malaysia di masa akan datang jika mereka masih melabur di dalam syarkat-syarikat yang melakukan pencabulan hak asasi manusia di Gaza.
Institusi-institusi kewangan tersebut tersenarai di bawah:
Alfried Krupp von Bohlen und Halbach-Stiftung
Amundi Asset Management
Bank of America
BlackRock
Capital Group
Causeway Capital Management
Citigroup
Fidelity Management & Research
INVESCO Ltd
JP Morgan Chase
Harris Associates
Morgan Stanley
Norges Bank Investment Management
Newport Group
Raven’swing Asset Management
State Farm Mutual Automobile Insurance
State Street Corporation
Union Investment Privatfonds
The Vanguard Group
Wellington and Wells Fargo & Company
7 April 2025