Kami mengambil maklum reaksi buruk di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini terhadap berita bahawa isteri pengasas Grab menyatakan perasaan cintanya kepada Israel.
Kami juga turut sedih dan kecewa dengan berita itu kerana kita semua sedar bahawa Israel kini sedang melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza, di mana kira-kira 10,000 rakyat Palestin yang tidak bersalah telah dibunuh, termasuk lebih daripada 4,000 kanak-kanak.
Kami mengambil maklum dan memuji sumbangan Grab sebanyak RM1 juta kepada rakyat Palestin melalui MERCY.
Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Grab juga mengeluarkan kenyataan yang tegas untuk mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Hanya ungkapan solidariti yang kuat dan berprinsip dengan rakyat Palestin akan menghalang rakyat Malaysia daripada memboikot Grab.
BDS Malaysia
6 November 2023
Press Statement from BDS Malaysia
We take note of the recent adverse reactions among Malaysians to the news that the wife of the founder of Grab expressed her love for Israel.
We are similarly saddened and dismayed by the news since we are all aware that Israel is currently committing the crime of genocide against the Palestinians in Gaza, where around 10,000 innocent Palestinians have been killed, including more than 4,000 children.
We take note of Grab’s donation of RM1 million to the Palestinians via MERCY, which is very laudable.
However, we suggest Grab also issue a strong statement to condemn unequivocally the genocide Israel is currently committing towards the Palestinians.
Only such a strong and principled expression of solidarity with the Palestinians will refrain Malaysians from boycotting Grab.
BDS Malaysia
6 November 2023