Kenyataan akhbar dari BDS Malaysia berkenaan isu Boikot McDonald

Kenyataan akhbar dari BDS Malaysia berkenaan isu Boikot McDonald

11 Disember 2017

 

BDS Malaysia sering menerima soalan berkenaan isu pemboikotan terhadap McDonald dalam usaha menentang kezaliman Israel. 

BDS Malaysia berkerjasama dengan rapat dengan JK Nasional BDS (BDS National Committee) yang menjadi sekretariat kepada gerakan BDS antarabangsa. Di bawah adalah jawapan dari JK Nasional BDS berkenaan isu boikot McDonald. Terjemahan di bawah:

“Effective BDS campaigns are based on accurate research. There is a lot of information online claiming that big companies give money to Israel. Sometimes these rumours turn out to be false.

For example, some campaigners call for a boycott of Starbucks. But Starbucks doesn’t have any stores in Israel and officially confirms that it does not support Israel.

Companies such as McDonald’s are not priorities for the BDS movement at this stage. We focus on companies that play a clear and direct role in sustaining Israeli violations of international law and that we can have a tangible impact upon.”

“Kempen BDS yang berkesan adalah berdasarkan penyelidikan yang tepat. Terdapat banyak maklumat dalam talian mendakwa bahawa syarikat besar memberikan wang kepada Israel. Kadang-kadang khabar angin ini adalah palsu.

Sebagai contoh, beberapa kempen memanggil untuk memboikot Starbucks. Tetapi Starbucks tidak mempunyai sebarang kedai di Israel dan mengesahkan secara rasmi bahawa ia tidak menyokong Israel.

Syarikat-syarikat seperti McDonald’s bukan keutamaan untuk pergerakan BDS pada peringkat ini. Kami menumpukan pada syarikat-syarikat yang memainkan peranan yang jelas dan langsung dalam membantu Israel melanggar undang-undang antarabangsa. Kita juga fokuskan kempen kita terhadap syarikat yang dirasakan akan paling terkesan oleh usaha kita. “

Senarai penuh syarikat untuk diboikot boleh dilihat di sini: http://bdslist.org/full-list/

BDS Malaysia memfokuskan usaha kepada 5 syarikat berikut:

1. Caterpillar

2. Hyundai Heavy Industries (HHI)

3. Hewlett Packard (HP)

4. G4S

5. Ahava