1. Tentera Zionis Israel melancarkan satu operasi rahsia (covert operation) untuk menculik Nour al-Baraka, Komander Briged al-Qassam di Khan Younis, Gaza pada 11 November 2018.
2. Operasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang empat orang tentera Israel yang masih ditawan oleh Briged al-Qassam sejak tahun 2014.
3. Operasi berjaya dihidu oleh Briged al-Qassam dan mencetuskan pertempuran kecil. Seorang tentera Israel terbunuh dan seorang lagi cedera. Komander Nour al-Baraka turut terkorban.
4. Tentera Zionis Israel melancarkan serangan backup udara untuk melindungi pengunduran tenteranya menyebabkan 6 orang ahli Briged al-Qassam terbunuh.
5. Pembunuhan ini mencetuskan serangan balas dari Gaza diketuai oleh Briged al-Qassam. Lebih 300 roket dilancarkan dan 70 berjaya dipintas oleh sistem Iron Dome.
6. Sebuah bas milik tentera Zionis Israel di wilayah Sha’ar Hanegev turut menjadi sasaran peluru berpandu Briged al-Qassam sebagai amaran awal menyebabkan seorang tentera Zionis Israel cedera parah.
7. Israel turut melancarkan serangan dengan mensasarkan stesen TV al-Quds, bangunan milik kerajaan dan lokasi latihan Briged al-Qassam. 3 orang dilaporkan terkorban.
8. Situasi di Gaza semakin meruncing sejak Mac 2018 apabila perhimpunan #GreatReturnMarch (GRM) di sempadan Gaza-Israel bertukar menjadi lapang sasar tentera Zionis Israel. Lebih 200 orang telah terkorban.
9. Pembunuhan Nour al-Baraka berlaku ketika rundingan damai dengan pengantaraan PBB, Mesir dan Qatar semakin menunjukkan hasil.
10. Pembunuhan Nour al-Baraka mengundang kemungkinan perang di Gaza sepertimana pembunuhan Ahmed al-Jabari (2012) dan cubaan bunuh ke atas Mohammad Deif (2014).
#SHARE kepada orang ramai.