COUNTRIES SHOULD ISOLATE ISRAEL… NOW!

The release of the Malaysian participants of the Global Sumud Flotilla from Israeli detention has led some social media influencers to the opinion that diplomacy or normalisation of relations with Israel may be a Good Thing. Apparently, countries friendly with Malaysia, such as Turkey, Jordan and Vietnam, which also have diplomatic ties with Israel, assisted in the release of the Malaysians. Their apparent belief is that since diplomatic relations with Israel may lead to some influence and leverage, it may not be a Bad Thing. It is hard to imagine by what twisted logic such a belief can be derived from the whole episode, which actually shows that Israel is a rogue state which brooks no diplomacy.

We are acutely concerned that the reasoning used by these individuals may lead misguided minds to ask Malaysia to consider the dangerous idea of granting Israel diplomatic recognition to establish leverage over it.

Even if those three aforementioned countries had lent assistance for which we are naturally thankful, there is no conclusive evidence that their role was pivotal in the Israelis’ decision to release the Malaysians. Two Malaysian participants of a previous flotilla in 2018 were released with no apparent help from any of those countries. That is a fact. It is also a fact that Israel gains nothing but further international opprobrium by prolonging the detention of the flotilla participants. Thus, their almost immediate release.

No one should doubt that we, as a non-violent advocacy movement, strongly believe in the virtues and value of diplomacy. Still, our belief is certainly not to the extent of turning a blind eye to an ongoing genocide and rewarding its perpetrators by extending the hand of friendship to them. The fact is that Israel, by its barely concealed bloodlust and genocide against the Palestinian people, is an international pariah worthy of total isolation by the international community, the same way apartheid South Africa was boycotted.

Normalising or even maintaining relations during or immediately after the genocide in Gaza would be seen as endorsing Israel’s military actions and its ongoing occupation of Palestinian territories. It would be interpreted as rewarding Israel without it making concrete concessions towards Palestinian statehood.
Establishing or maintaining relations with Israel without genuine Palestinian liberation is as good as abandoning the Palestinians and removing a key point of leverage, that is, diplomatic isolation of Israel, from the Palestinian negotiating toolkit.

The situation in Gaza is undeniably a genocide. This is the conclusion of several human rights organisations, hundreds of genocide scholars and the UN itself. Four Israeli leaders, including the prime minister, have been indicted by the International Criminal Court for war crimes. Estimates of Palestinians killed by Israel range from 67,000 to as high as 680,000. Around 20,000 of those are children. Establishing or maintaining friendly relations with a state which is the perpetrator of this atrocity would be a violation of ethical and moral principles, regardless of potential pragmatic benefits.

We reiterate: no diplomatic recognition by Malaysia of the genocidal apartheid settler-colonial Zionist state should be countenanced under present circumstances. And we believe the whole international community should cut off ties with that international pariah state unless it changes its behaviour towards the Palestinians. Any talk that normalisation or maintaining diplomatic relations with Israel is a good thing is foolish and dangerous. It will only encourage the murderers of 20,000 innocent Palestinian children to perpetuate their criminal behaviour.

BDS Malaysia
13 October 2025

MASYARAKAT ANTARABANGSA HARUS MEMBOIKOT ISRAEL… DARI SEKARANG!

Pembebasan peserta Malaysia dari Global Sumud Flotilla dari tahanan Israel telah menyebabkan beberapa pempengaruh media sosial berpendapat bahawa diplomasi atau normalisasi hubungan dengan Israel mungkin satu Perkara yang Baik. Ini kerana negara yang mesra dengan Malaysia seperti Turki, Jordan dan Vietnam yang turut mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel turut membantu dalam usaha pembebasan rakyat Malaysia. Mereka berpendapat memandangkan hubungan diplomatik dengan Israel boleh membawa kepada kemampuan mempengaruhi Israel, ia mungkin bukan sesuatu Perkara Buruk.

Sukar untuk dibayangkan dengan logik yang diputarbelitkan kepercayaan seperti itu boleh diperolehi daripada keseluruhan episode yang terlah berlaku. Ini adalah kerana hakikat sebenar ialah Israel adalah sebuah negara penyangak yang tidak menghormati hubungan diplomasi.

Kami juga amat bimbang bahawa alasan yang digunakan oleh individu-individu pempengaruh sosial ini boleh membawa kepada pemikiran yang sesat, yang mungkin akan meminta Malaysia mempertimbangkan idea berbahaya untuk memberikan pengiktirafan diplomatik kepada Israel demi mewujudkan pengaruh ke atas negara penyagak tersebut.

Walaupun ketiga-tiga negara yang disebutkan di atas telah menghulurkan bantuan yang sememangnya kita bersyukur, sebenarnya tidak ada bukti konklusif bahawa peranan mereka adalah penting dalam keputusan Israel untuk membebaskan rakyat Malaysia. Dua peserta Malaysia flotila terdahulu pada 2018 telah dibebaskan tanpa bantuan jelas daripada mana-mana negara tersebut. Itu adalah fakta. Sebenarnya Israel menyedari bahawa ia tidak akan mendapat apa-apa manfaat, bahkan akan menerima kutukan antarabangsa jika ia memilih untuk memanjangkan penahanan peserta flotila. Itu adalah faktor utama kepada pembebasan mereka yang berlaku hampir serta-merta.

Tiada siapa yang harus meragui bahawa kami, sebagai gerakan advokasi tanpa kekerasan, sangat percaya pada kebaikan dan nilai diplomasi. Namun, kepercayaan kami pastinya tidak akan membuat kami menutup mata terhadap pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh Israel lantas memberi ganjaran kepada pelakunya dengan menghulurkan tangan persahabatan kepada mereka. Hakikatnya adalah bahawa Israel, yang telah tidak segan silu melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, adalah paria antarabangsa yang layak diasingkan sepenuhnya oleh masyarakat antarabangsa, sama seperti apartheid Afrika Selatan telah diboikot satu Ketika dahulu.

Menormalkan atau bahkan mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel, semasa atau sejurus selepas pembunuhan beramai-ramai di Gaza akan dilihat sebagai menyokong tindakan zalim Israel dan pendudukan berterusannya di wilayah Palestin. Ia akan ditafsirkan sebagai memberi ganjaran kepada Israel tanpa ia perlu membuat konsesi konkrit terhadap kenegaraan Palestin.

Mewujudkan atau mengekalkan hubungan dengan Israel tanpa pembebasan Palestin yang tulen adalah seolah-olah menjadi pembelot kepada perjuangan Palestin. Ia juga akan menghapuskan titik pengaruh utama, iaitu, pengasingan diplomatik Israel, daripada kit alat rundingan untuk membebaskan Palestin.

Keadaan di Gaza tidak dapat dinafikan adalah pembunuhan beramai-ramai atau genosid. Ini adalah kesimpulan beberapa organisasi hak asasi manusia, ratusan pakar pembunuhan beramai-ramai dan PBB sendiri. Empat pemimpin Israel, termasuk perdana menteri, telah didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah perang. Anggaran rakyat Palestin yang dibunuh oleh Israel berkisar antara 67,000 hingga setinggi 680,000. Kira-kira 20,000 daripada mereka adalah kanak-kanak. Mewujudkan atau mengekalkan hubungan mesra dengan negara yang menjadi pelaku kekejaman ini akan menjadi pelanggaran prinsip etika dan moral, tanpa mengira potensi manfaat pragmatik.

Kami mengulangi: tiada pengiktirafan diplomatik oleh Malaysia terhadap negara Zionis peneroka-penjajah apartheid genosida harus diterima dalam keadaan sekarang. Dan kami percaya seluruh masyarakat antarabangsa harus memutuskan hubungan dengan negara pariah antarabangsa itu selagi ia tidak mengubah tingkah lakunya terhadap rakyat Palestin. Sebarang kata-kata bahawa normalisasi atau mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel adalah satu perkara yang baik atau bermanfaat adalah bodoh dan berbahaya. Ia hanya akan menggalakkan pembunuh 20,000 kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah untuk mengekalkan tingkah laku jenayah mereka.

BDS Malaysia
13 Oktober 2025