Kenyataan Media dari BDS Malaysia
BDS Malaysia menyambut baik keputusan syarikat Ben and Jerry, sebuah syarikat pengeluar aiskrim terkemuka di dunia pada 19 Julai, untuk memberhentikan operasinya di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel secara haram (yakni di Tebing Barat).
Ini menunjukkan bahawa Ben and Jerry sedar bahawa selama ini operasinya di Tebing Barat adalah sebenarnya satu bentuk persekongkolan dengan kezaliman Israel terhadap warga Palestin di wilayah tersebut.
Namun BDS Malaysia ingin memaklumkan Ben and Jerry bahawa sebenarnya Israel juga melakukan amalan apartheid zalim terhadap warga Palestin di dalam wilayah Palestin bersejarah (yang diberi nama Israel sekarang).
Di samping itu Israel masih melakukan sekatan zalim terhadap warga Palestin di Gaza serta banyak lagi jenayah lain termasuk serangan terhadap mereka baru-baru ini yang telah mengorbankan lebih dari 200 nyawa termasuk 60 kanak-kanak.
Oleh itu kami menyeru Ben and Jerry dan juga semua syarikat lain untuk menghentikan operasi mereka di seluruh negara haram Israel sebagai usaha menentang polisi apartheid yang diamalkan oleh rejim Zionis tersebut.
BDS Malaysia
21 Julai 2021.