BDS Malaysia mengambil maklum berkenaan satu perjumpaan yang akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese, Melaka pada 15-18 Jun 2017.
Penganjur perjumpaan ini adalah:
1. Elim Freedom,
2. Melaka Pastors’ Fellowship
3. Calvary Life Assembly Chinese,
4. AMGGRC Facilitator Council
5. YHWH’s Asia House Of Prayer For All Nations (YAHOPFAN)
Mereka disokong oleh Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).
Maklumat terperinci perjumpaan ini boleh didapati di laman sesawang penganjur iaiatu:
1) https://christianitymalaysia.com/wp/amggrc-all-malaysian-golden-gate-revival-convocation-coming-up-in-june/#comment-89079
Perjumpaan ini antara lain akan merayakan kejayaan `Penyatuan Jerusalem’ yang telah berlaku 50 tahun yang lepas. Sebenarnya ia juga adalah tarikh penaklukan Jerusalem (Baitul Maqdis) oleh rejim Israel pada bulan Jun 1967. Dalam kata lain perjumpaan ini akan merayakan kejayaan rejim Zionis Israel merampas tanah milik orang Islam Palestin serta Masjid Al Aqsa yang terletak di dalamnya.
Oleh itu perjumpaan ini adalah satu tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, kerana ia bertentangan dengan pendirian kerajaan dan rakyat Malaysia yang selama ini mengutuk dasar pendudukan rejim Zionis Israel ke atas tanah milik rakyat Palestin. Ia juga menyentuh sensitiviti dan boleh menggugat keharmonian masyarakat.
Kami dengan ini menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk menyekat perjumpaan ini yang jelas dianjurkan oleh pihak penyokong rejim Zionis Israel.
Kami mengambil maklum bahawa tindakan penganjuran majlis ini adalah tidak disokong oleh semua komuniti Kristian di negara ini. Oleh itu kami ingin juga menegaskan bahawa tindakan bantahan ini BUKAN ditujukan kepada komuniti Kristian di Malaysia. Ia hanya ditujukan kepada mereka yang menyokong gerakan Zionis atau penyokong rejim Zionis Israel kerana kezaliman rejim tersebut terhadap masyarakat Palestin selama ini.