Ban Companies Complicit in Gaza Genocide From NATSEC Asia 2024

We, the undersigned, are writing to express our outrage at the decision to include weapons manufacturers Lockheed Martin and BAE as participants and platinum sponsors in the NATSEC Asia 2024 exhibition. These companies are complicit in the ongoing genocide in Gaza.

Lockheed Martin is the producer of F-35 fighter jets used by Israel to bomb Gaza, which has killed thousands of innocent civilians, including women and children. BAE manufactures parts such as the avionics for the F-35 jets.

It is morally reprehensible for them to be given prominence in an event organised by the Malaysian Ministry of Defence and Ministry of Home Affairs. By inviting these companies, the government is effectively condoning their involvement in human rights violations and the perpetuation of violence against Palestinians, specifically in Gaza.

As advocates for justice for Palestinians, we strongly urge the government to reconsider its decision to include these complicit corporations in the exhibition. Their presence undermines the values of peace and justice that we uphold and tarnishes the reputation of NATSEC Asia 2024 as a platform for promoting security and cooperation in the region.

We call on the government to take immediate action by removing Lockheed Martin and BAE Systems as platinum sponsors and exhibitors from the event. Furthermore, we urge the government to publicly condemn their involvement in the genocide in Gaza and pledge to uphold ethical standards in future engagements with weapons manufacturers.

Failure to address these concerns will not only betray the principles of accountability and justice but also alienate those who stand in solidarity with the Palestinian people. We urge the government to heed this call for justice and take meaningful steps to rectify this grave injustice.

5 May 2024

1.BDS Malaysia
2.Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia ( Malaysia)

  1. HALUAN Malaysia
  2. Citizens International
  3. Sejagat
  4. Yayasan al-Quds Malaysia (QFM)
  5. ⁠Pertubuhan Kembara Kesukarelawan Malaysia (VTM)
  6. . Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  7. Sekretariate Himpunan Ulama Rantau Asia
  8. Aliansi Masjid Sedunia Pertahankan Al Aqsa.
  9. Malaysia – Palestine Workers Union Social Services
  10. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
  11. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
  12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  13. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  14. Palestinan Cultural Organization Malaysia (PCOM)
  15. Muslim Care Malaysia
  16. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Haramkan Syarikat Bersubahat dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024

Kami, yang bertandatangan di bawah, ingin menyatakan kekecewaan kami terhadap penglibatan pengeluar senjata Lockheed Martin dan BAE sebagai peserta dan penaja platinum dalam pameran NATSEC Asia 2024. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berterusan di Gaza.

Lockheed Martin ialah pengeluar jet pejuang F-35 yang digunakan oleh Israel untuk mengebom Gaza, yang telah membunuh beribu-ribu orang awam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak. BAE membekalkan peralatan penting seperti `avionics’ untuk jet F-35.

Keputusan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat tersebut dalam acara anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri adalah bertentangan dengan prinsip moral dan etika. Dengan menjemput mereka ini, kerajaan secara tidak langsung telah bersikap tidak peka terhadap penglibatan mereka dalam pencabulan hak asasi manusia dan pengekalan keganasan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

Sebagai penyokong keadilan untuk rakyat Palestin, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusannya untuk melibatkan syarikat-syarikat tersebut dalam pameran itu. Kehadiran mereka menjejaskan nilai keamanan dan keadilan yang dipegang oleh Malaysia dan mencemarkan reputasi NATSEC Asia 2024 sebagai platform untuk mempromosikan keselamatan dan kerjasama di rantau ini.

Kami menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan Lockheed Martin dan BAE Systems sebagai penaja dan pempamer platinum daripada acara tersebut.

Kami juga menggesa kerajaan untuk mengutuk secara terbuka penglibatan mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza, serta berjanji untuk menegakkan prinsip etika yang sewajarnya dalam penglibatan syarikat pengeluar senjata di masa akan datang.

Kegagalan untuk menangani kebimbangan ini bukan sahaja akan mengkhianati prinsip akauntabiliti dan keadilan, tetapi juga megenepikan pihak-pihak yang bersolidariti dengan rakyat Palestin. Kami menggesa kerajaan untuk menyahut seruan keadilan ini dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membetulkan kesilapan yang serius ini.

5 Mei 2024