
Press Statement from BDS Malaysia
DEATH PENALTY FOR PALESTINIANS ONLY LAW PROVES ISRAEL IS A DEATH CULT
3 April 2026
BDS Malaysia notes with disgust and revulsion the recent passing of the death penalty law by Israel, allowing it to hang Palestinian prisoners who are convicted of “terror offences” within an accelerated 90-day period.
Let us be clear: death penalty under the new law is for Palestinians and Arabs only. No Jewish Israeli will ever be hanged if he or she were to commit the same offence.
Not content with the nation-state law that all but explicitly declares Israel to be an ethno-supremacist apartheid state, it has made lynching of Palestinians legal and judicial. Not content with the genocide of Palestinians in Gaza which has taken the lives of more than 72,000 innocent civilian men and women since October 2023, including 20,000 children and the torture to death of at least 87 Palestinian prisoners, Israel has now decided that it must have a legal basis for it to give vent to its racist mania to kill Palestinian prisoners.
Israeli MPs were openly celebrating passage of the new law. Charges against soldiers accused of mass raping Palestinian detainees were dropped. Those soldiers were celebrated by the Israeli media as heroes.
Israel continues to kill Palestinians in Gaza, despite the so-called ceasefire, and commits violent crimes against Palestinians in the occupied West Bank, including killings, raids, arrests, damage and destruction of property and the blocking of the freedom of movement.
It is clear a murderous psychopathy afflicts Israeli society thoroughly and at every level. No amount of lipstick can make the pig look beautiful, the efforts of the Zionist-controlled western mainstream media notwithstanding. Millions around the world can now see Israel for what it is: a death cult with no moral limits. The death penalty for Palestinians law has put that beyond any reasonable doubt.
Those governments and entities which enable and allow what they know to be a death cult to continue in its ways are just as guilty as the cult itself.
BDS Malaysia calls on the Malaysian government, organisations, and all ordinary Malaysians to intensify efforts to boycott Israel, as well as organisations that are complicit with it in committing human rights violations against Palestinians.
HUKUMAN MATI BAGI RAKYAT PALESTIN MEMBUKTIKAN UNDANG-UNDANG ISRAEL ADALAH SEBUAH KULTUS PEMBUNUHAN
BDS Malaysia mencatatkan rasa yang amat jijik dan meluat di atas kelulusan undang-undang hukuman mati oleh Israel baru-baru ini, untuk membenarkannya menggantung tahanan Palestin yang disabitkan dengan “kesalahan keganasan” yang akan dipercepatkan dalam tempoh 90 hari.
Perlu dijelaskan disini:hukuman mati di bawah undang-undang baru ini adalah untuk rakyat Palestin dan Arab sahaja, tiada warga Israel Yahudi akan dihukum gantung jika mereka melakukan kesalahan yang sama.
Tidak berpuas hati dengan undang-undang negara-bangsa yang termaktub, yang menyatakan Israel secara eksplisit sebagai negara aparteid etno-supremasi, di mana lincing terhadap rakyat Palestin adalah undang-undang dan kehakiman. Tidak cukup dengan genosida terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah meragut nyawa lebih daripada 72,000 lelaki dan wanita awam yang tidak bersalah sejak Oktober 2023, termasuk 20,000 kanak-kanak dan penyeksaan sehingga kematian sekurang-kurangnya 87 tahanan Palestin, Israel kini telah memutuskan bahawa ia perlu mempunyai asas undang-undang untuk melepaskan dendam kesumat, mania diskriminasi rasisme mereka terhadap rakyat Palestin yang dipenjarakan dengan membunuh mereka.
Ahli Parlimen Israel secara terbuka meraikan kelulusan undang-undang baharu ini. Malahan, tuduhan terhadap tentera yang merogol secara besar-besaran tahanan Palestin digugurkan. Askar-askar ini diraikan oleh media Israel sebagai pahlawan.
Israel terus membunuh rakyat Palestin di Gaza, walaupun gencatan senjata, dan juga melakukan jenayah kekerasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk pembunuhan, serbuan, penangkapan, kerosakan dan kemusnahan harta benda dan menyekat kebebasan mereka untuk bergerak.
Jelas sekali psikopati pembunuh melanda masyarakat Israel secara menyeluruh dan di setiap peringkat. Andaian, ibarat memakai gincu pada khinzir; walaupun usaha media arus perdana barat yang dikawal Zionis, khinzir tetap khinzir; jutaan manusia di seluruh dunia kini boleh melihat Israel adalah kultus pemujaan pembunuhan tanpa batasan moral. Hukuman mati sebagai undang-undang untuk rakyat Palestin yang dipenjarakan, telah meletakkannya di luar sebarang keraguan munasabah.
Mana-mana kerajaan dan entiti yang membolehkan dan membenarkan apa yang mereka tahu sebagai kultus pembunuhan, untuk meneruskannya adalah sama bersalah dengan kultus itu sendiri.
Adalah jelas kepada sesiapa yang mempunyai walaupun secebis hati nurani bahawa Israel tidak layak untuk dilayan sebagai negara biasa. Tindakan moral yang perlu dilakukan ialah menganggapnya sebagai negara pariah yang mesti diasingkan sepenuhnya oleh suruh masyarakat antarabangsa.
BDS Malaysia menyeru kerajaan Malaysia, pertubuhan, dan seluruh rakyat Malaysia untuk mempergiatkan usaha memboikot Israel, serta pertubuhan yang bersubahat dengannya dalam melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.