Kami, NGO-NGO yang tersenarai di bawah, mengambil perhatian bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang merancang untuk melaksanakan projek perkhidmatan Cloud untuk aplikasi AI yang akan melibatkan KDN dan agensi agensi termasuk agensi kritikal bagi keselamatan rakyat Malaysia. Antara panel yang kemungkinan terlibat adalah Syarikat Amazon Web Services (AWS), Google dan Microsoft.

Kami ingin memaklumkan YB Menteri Dalam Negeri, bahawa Amazon Web Services, Google dan Microsoft adalah antara syarikat-syarikat yang dikenalpasti sedang membantu Israel dalam melakukan jenayah genosid terhadap warga Palestin di Gaza. AWS dan Google telah terlibat secara langsung dalam `Project Nimbus’ bernilai USD$1.2 billion yang ditandatangani dengan pihak Israel pada tahun 2021, yang membekalkan aplikasi kententeraan dan pengawasan rakyat Gaza, manakala Microsoft adalah antara syarikat yang membekalkan teknologi dan perisian kepada Kerajaan Rejim Israel.

Perkara ini telah disahkan juga di dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Francesca Albanese, pelapor PBB (UN rapporteur) di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel pada bulan Julai 2025 yang bertajuk ‘The Economy of Genocide’. Laporan itu menyenaraikan Amazon Web Services dan Microsoft di kalangan syarikat yang terbabit dengan jenayah genosid Israel di Gaza. Ekoran daripada pendedahan itu, Francesca Albanese telah menyeru agar kerajaan-kerajaan di dunia untuk tidak mengadakan hubungan komersil dengan syarikat-syarikat yang termasuk dalam senarai tersebut.

Oleh itu, kami menyeru kerajaan Malaysia supaya tidak memberikan sebarang kontrak kepada Microsoft dan Amazon Web Services selagi mereka terlibat secara langsung dalam jenayah genosid oleh Israel terhadap warga Palestin.

Di samping itu, kemungkinan penglibatan syarikat tersebut dalam mengurus-selia data-data kerajaan adalah sesuatu yang amat membimbangkan di kala Malaysia turut menjadi sasaran perisikan dan operasi Mossad Israel. Adalah dikhuatiri data-data KDN terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan negara dan data sensitif akan bocor secara terus kepada penyedia perkhidmatan tersebut tanpa sebarang jaminan keselamatan data, dan memberi ancaman kepada kedaulatan negara kita.

Selain itu, keputusan memberi projek kepada mereka boleh mengancam keselamatan negara dalam jangka panjang kerana keterikatan mereka kepada polisi kerajaan mereka – yang sekarang ini jelas menyokong Zionis Israel secara dasar. Ada kemungkinan kerajaan mereka kelak akan dapat memperolehi data rahsia kerajaan dan data rakyat Malaysia.

Berdasarkan hujah di atas, kami menyeru kerajaan Malaysia supaya menggantungkan atau memutuskan sebarang hubungan komersil dengan Microsoft dan Amazon Web Services.

9 Oktober 2025

Amazon Web Services and Microsoft Colluded with Israel – Risk of Threat to National Sovereignty and Should Not Be Eligible for Any Government Contract

We, the NGOs listed below, note that the Ministry of Home Affairs is planning to implement a Cloud service project for AI applications, involving the ministry and its agencies, including those critical to the security of Malaysians. Among the panels that may be involved are Amazon Web Services (AWS), Google and Microsoft.

We want to inform the YB Minister of Home Affairs that Amazon Web Services, Google and Microsoft are among the companies identified as assisting Israel in committing genocide against Palestinians in Gaza. AWS and Google have been directly involved in the USD$1.2 billion `Project Nimbus’ signed with Israel in 2021, which supplies military applications and surveillance of the people of Gaza, while Microsoft is among the companies providing technology and software to the Israeli government.

The above was also confirmed in a report published by Francesca Albanese, the UN rapporteur on the Israeli-occupied Palestinian territories in July 2025, entitled ‘The Economy of Genocide’. The report listed Amazon Web Services and Microsoft among the companies involved in Israel’s genocide in Gaza. Following the revelation, Francesca Albanese called on governments around the world not to enter into commercial relations with the companies included in the list.

Therefore, we call on the Malaysian government not to award any contracts to Microsoft and Amazon Web Services as long as they are directly involved in Israel’s genocide against Palestinians.

In addition, the possibility of the company’s involvement in managing government data is very worrying at a time when Malaysia is also a target of Israeli Mossad intelligence and operations. There is concern that KDN data, especially that related to national security and sensitive information, might be leaked directly to the service provider without any guarantee of data security, posing a threat to our country’s sovereignty.

Moreover, the decision to award the project to them could threaten national security in the long term due to their adherence to their own government’s policies, which currently clearly support Zionist Israel in principle. It is possible that their government will eventually be able to obtain confidential government data and the data of Malaysians.

Based on the above arguments, we call on the Malaysian government to suspend or terminate any commercial relationship with Microsoft and Amazon Web Services.

October 9, 2025.

  1. BDS Malaysia
  2. Muslim Care Malaysia
  3. Muslim Volunteer Malaysia
  4. Haluan
  5. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
  6. Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP)
  7. Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN)
  8. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia (KUMS)
  9. MERCY Malaysia
  10. ⁠ABIM
  11. ⁠GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
  12. IKRAM Muda Malaysia
  13. Persatuan Mawaddah
  14. IKRAM
  15. Citizens International
  16. GSPP
  17. Ikram Academia
  18. Sejagat
  19. PALESTINIAN CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)
  20. Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP)
  21. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
  22. KDMRS Muslim
  23. Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya
  24. ⁠ Viva Palestina Malaysia