Kami, NGO-NGO yang tersenarai di bawah, mengambil perhatian bahawa kerajaan telah memberi pengecualian kepada beberapa firma luar negara yang kebanyakannya adalah dari Amerika Syarikat, daripada mematuhi Akta Keselamatan Siber 2024.
Kami juga difahamkan bahawa firma-firma tempatan, termasuk syarikat telekomunikasi negara, tidak mendapat pengecualian dan diwajibkan mematuhi akta tersebut.
Pengecualian daripada Akta Keselamatan Siber 2024 bererti firma-firma tersebut tidak tertakluk kepada kewajipan undang-undang yang dikenakan ke atas syarikat tempatan.
Mereka tidak perlu melaporkan sebarang serangan atau kebocoran data, tidak diwajibkan menjalani audit keselamatan siber, dan tidak tertakluk kepada penguatkuasaan atau penalti di bawah akta tersebut.
Dalam erti kata yang lain, mereka bebas daripada kawalan serta tanggungjawab undang-undang yang tetap dikenakan ke atas syarikat lain.
Malah menurut beberapa sumber media, di bawah negosiasi tarif dengan pentadbiran Trump, syarikat teknologi Amerika Syarikat juga dikecualikan daripada cukai digital dan USP Fund, manakala cukai tersebut masih tetap dikenakan kepada syarikat tempatan.
Pengecualian ini pastinya membuka ruang yang sangat luas kepada ancaman keselamatan nasional dan keselamatan data-data kerajaan dalam negara memandangkan ada daripada kalangan firma-firma tersebut telah diberikan kontrak oleh kerajaan untuk mengendalikan data-data milik negara.
Apa yang lebih mengecewakan ialah kebanyakan syarikat yang mendapat pengecualian ini seperti Amazon Web Services, Google dan Microsoft adalah termasuk di dalam senarai firma yang membantu Israel dalam melakukan jenayah genosid terhadap warga Palestin di Gaza. Syarikat-syarikat tersebut telah terlibat secara langsung dalam jenayah berkenaan kerana membekalkan pelbagai perkhidmatan kepada tentera Israel. Perkara ini telah disahkan oleh satu laporan yang diterbitkan oleh Francesca Albanese, pelapor PBB (UN rapporteur) di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel pada bulan Julai 2025 yang bertajuk ‘The Economy of Genocide’.
Ekoran daripada pendedahan itu, Francesca Albanese telah menyeru agar kerajaan-kerajaan di dunia untuk tidak mengadakan hubungan komersil dengan syarikat-syarikat tersebut bagi memastikan jenayah genosid yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin dapat dihentikan serta merta.
Oleh itu, kami menyeru kerajaan Malaysia supaya menarik balik pengecualian terhadap firma-firma tersebut atas dasar keselamatan negara serta sebagai langkah penegasan bahawa selagi mereka membantu tentera Israel melakukan jenayah genosid terhadap warga Palestin, mereka tidak akan memperolehi sebarang projek perniagaan daripada kerajaan Malaysia.
13 September 2025
Memo from Malaysian NGOs on Cyber Act 2024 Exemptions
We, the NGOs listed below, note that the Malaysian government has granted exemptions to several foreign firms, primarily from the United States, from complying with the Cybersecurity Act 2024.
We also understand that local firms, including the telecommunications companies, are not exempt from and are required to comply with the Act.
The exemption from the Cyber Security Act 2024 means that these foreign firms are not subject to the legal obligations imposed on local companies.
They do not have to report any cyber attacks or data leaks, are not required to undergo cybersecurity audits, and are not subject to enforcement or penalties under the Act.
In other words, they are free from the controls and legal responsibilities that are imposed on local companies.
In fact, according to several media sources, under the tariff negotiations with the Trump administration, US technology companies are also exempted from the digital tax and from contributing to the USP Fund. In contrast, these are still imposed on local companies.
This exemption certainly introduces a significant vulnerability to threats to national security and the security of government data in the country, as some of these firms have been awarded government contracts to handle state-owned data.
It is also very unconscionable that most of the companies that received this exemption, such as Amazon Web Services, Google and Microsoft, are included in the list of firms that aid Israel in committing the crime of genocide against Palestinians in Gaza. These companies have been profiting from the crime by supplying various services to the Israeli army. This was confirmed by a report published by Francesca Albanese, the UN rapporteur for the Occupied Palestinian Territories, in July 2025, entitled ‘The Economy of Genocide’.
Following the revelation, Francesca Albanese has called on governments around the world to not have commercial relations with these companies to ensure that the genocide being committed by Israel against Palestinians can be stopped immediately.
Therefore, we urge the Malaysian government to revoke the exemptions granted to these firms on the grounds of national security and as a firm stance that, as long as they assist the Israeli military in committing genocidal crimes against the Palestinian people, they will not be awarded any business projects by the Malaysian government.
September 13, 2025