KERAJAAN MALAYSIA MESTI MEMBOIKOT FORUM EKONOMI DUNIA (WEF)

Kami yang bertandatangan di bawah, menyeru Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan anggota kerajaannya, jika ada di antara mereka yang bercadang untuk menghadiri mesyuarat WEF di Davos, untuk membatalkan rancangan tersebut serta-merta kerana sikap hipokrit WEF yang melampau dalam isu Palestin.

Dunia sedang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza oleh Israel. Ia adalah noda yang tidak dapat dihapuskan pada hati nurani moral dunia. Faktor utama yang membolehkan jenayah terhadap kemanusiaan seperti ini berlaku di depan mata kita ialah sifat kemunafikan negara-negara Barat dan institusi yang mereka wujudkan kononnya untuk kebaikan dunia.

Contoh terbaik sikap kemunafikan yang memualkan itu dapat dilihat pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos yang diketuai oleh Klaus Schwab. Beliau dan WEF telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat kuat mengutuk Hamas di atas serangan 7 Oktober 2023 yang lalu. Walau bagaimanapun, dalam isu pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk di Gaza, WEF telah memilih untuk menyokong tindakan zalim Israel walaupun angka kematian rakyat Palestin kini menghampiri 30,000 orang. Adalah amat jelas bahawa sikap mereka terhadap isu keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia adalah penuh dengan kepura-puraan serta didorong oleh semangat perkauman. Bagi mereka hak asasi manusia bagi yang berkulit putih tidak sama dengan yang tidak berkulit putih.

Keadaan di Gaza jelas telah membuka mata kita semua terhadap sikap sebenar Klaus Schwab, WEF, dan sikap kebanyakan kerajaan Barat. Mereka telah menunjukkan sikap sebenar mereka kepada seluruh dunia. Pembunuhan berpuluh ribu orang awam boleh diterima oleh mereka selagi mangsanya bukan berkulit putih dan pembunuhan beramai-ramai dapat melindungi kepentingan mereka. Kelakuan dan sikap Schwab dan WEF adalah sangat tercela dan membuktikan kebankrapan moral mereka.

Dengan itu, kami mengulangi pendirian bahawa WEF mesti diboikot kerana menghadirinya bermakna kita menutup sebelah mata dan menerima sikap hipokrit dan perkauman mereka yang membolehkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza diteruskan tanpa halangan.

THE MALAYSIAN GOVERNMENT MUST BOYCOTT THE WORLD ECONOMIC FORUM (WEF)

We, the undersigned, call on Prime Minister Anwar Ibrahim and members of his government, if any of them were planning to attend the WEF meeting, to cancel such plans immediately

The ongoing genocide of innocent civilians in Gaza by Israel is, beyond any doubt, an indelible stain on the moral conscience of the world. The main factor enabling such a crime against humanity to occur right before our eyes is the hypocrisy and double standards of the countries of the global North and the institutions they engendered purportedly for the betterment of the world.

Klaus Schwab and the Davos World Economic Forum (WEF) that he heads is very typical and representative of such nauseating hypocrisy. He and the WEF had issued a very strong statement condemning Hamas for the October 7th attack. However, instead of doing the same over the Israeli onslaught against the defenceless civilian population of Gaza, they have chosen to support it and to ignore the resulting Palestinian death toll that is now approaching more than 30,000. The only correct description for such conduct is sheer hypocrisy and selective humanity fuelled by racism: whether an action is to be condemned or otherwise depends on the skin colour of the victims.

Gaza has caused the masks to be off for Schwab and the WEF, as it has for many Western governments. They have shown their true colours to the rest of the world. The killing of tens of thousands of civilians is acceptable to them as long as the victims are non-white and the genocide will protect their interests. The conduct of Schwab and the WEF is so reprehensible it is beyond contempt. They have more than adequately shown their moral bankruptcy.

We reiterate the WEF should be boycotted as attending it can only mean turning a blind eye to and perpetuating the hypocrisy and racism that allow the genocide in Gaza to proceed unhindered.

BDS Malaysia
18 January 2024