Asean 43rd summit statement on Palestine

10 September 2023

We note the recent Chairman’s Statement issued by Asean leaders after their 43rd summit meeting in Jakarta.

We are bitterly disappointed with the desultory and going-through-the-motion nature of the statement when it came to the issue of the ongoing settler-colonialism in Palestine.

In calling for the two-state solution it props up the delusion that that solution is still viable and totally ignores the fact that the two-state solution is long dead and buried through the doings of the Israelis themselves.

Persisting with talk of a two-state solution pleases only the Israeli side as it is nothing more than a smoke screen behind which it continues with its flagrant violation of international law by stealing significant parts of the Palestinian land it occupies.

The statement further ignores the fact that Israel is now the 21st century’s last remaining apartheid state, a logical culmination of the settler-colonialist nature of the Zionist ideology. Asean member states, many of whom are former colonies themselves, should have expressed their support for the Palestinian people in the context of an anti-colonial struggle and called for the kind of boycott that brought down South African apartheid to be used against Israel, the undeniable colonial power in Palestine.
We are also very dismayed that the Malaysian prime minister has seen it fit to be a part of that underwhelming Asean statement on Palestine.

We urge him, on the matter of the ongoing brutal settler-colonialism in Palestine, to be on the right side of history by unequivocally calling for an end to Israeli apartheid.

Kenyataan Sidang Kemuncak ke-43 Asean mengenai Palestin

10 September 2023

Kami mengambil perhatian kenyataan pengerusi ASEAN baru-baru ini yang dikeluarkan oleh para pemimpin negara-negara ASEAN selepas mesyuarat kemuncak ke-43 mereka di Jakarta.

Kami berasa sangat kecewa dengan kenyataan tersebut kerana bukan sahaja ia lemah bahkan tidak memberikan perhatian yang wajar dan serius berkenaan isu penjajahan-peneroka (settler colonization) zalim yang sedang berterusan di Palestin.

Kenyataan yang masih menengahkan kerangka penyelesaian dua negara sebenarnya adalah satu khayalan yang palsu kerana ia mengabaikan fakta bahawa penyelesaian tersebut sudah lama mati dan terkubur akibat daripada polisi dan tindakan rejim Zionist Israel sendiri yang masih terus merampas tanah-tanah Palestin dan mewujudkan penempatan haram Yahudi di atas tanah-tanah itu.

Sikap mahu meneruskan perbincangan mengenai penyelesaian dua negara hanya menggembirakan pihak Zionis Israel kerana ia akan mengelabui mata masyarakat dunia tentang kezaliman serta pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan oleh Israel yang terus merampas sebahagian besar tanah Palestin yang didudukinya sejak 1967.

Kenyataan itu seterusnya mengabaikan fakta bahawa Israel adalah hasil daripada satu projek peneroka-penjajah Zionis yang akhirnya mewujudkan sebuah negara aparteid terakhir abad ke-21. Negara-negara anggota ASEAN, yang kebanyakannya juga adalah bekas tanah jajahan, sepatutnya menyatakan sokongan padu mereka kepada rakyat Palestin dalam konteks perjuangan anti-penjajahan dan menyeru agar langkah boikot yang menjatuhkan rejim aparteid Afrika Selatan juga dilakukan terhadap Israel yang sedang menjajah negara Palestin.

Kami juga amat kecewa bahawa Perdana Menteri Malaysia telah melihat wajar untuk menjadi sebahagian daripada kenyataan ASEAN yang lemah itu mengenai Palestin.

Kami menggesa beliau untuk berada di pihak yang betul dalam sejarah dengan menyokong usaha untuk menamatkan penjajahan kejam yang sedang berlaku di Palestin dengan cara menamatkan rejim aparteid Israel.

  1. BDS Malaysia
  2. Citizens International (CI)
  3. Palestinian Cultural Organisation Malaysia – PCOM
  4. Friends of Palestine (FOP)
  5. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
  6. Biro HALUAN Palestin
  7. SEJAGAT
  8. Muslim Care Malaysia