BDS Malaysia mengambil perhatian kenyataan yang menyamakan keadaan di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin di mana kemerosotan pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang disamakan dengan kemerosotan pemilikan tanah orang Palestin dibumi mereka.
Kenyataan tersebut bukan sahaja salah dari segi fakta sejarah, bahkan sangat berbahaya kerana ia meremehkan kezaliman yang telah berlaku kepada penduduk Palestin selama lebih dari tujuh dekad dan masih berterusan sehingga ke hari ini.
Perlu disedari bahawa kes Palestin adalah berbentuk `settler-colonialism’ di mana orang asing telah datang dari Eropah untuk menjajah bumi Palestin dan pada masa yang sama membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, menghancurkan rumah dan kampung halaman mereka, merampas tanah mereka serta menghalau mereka keluar untuk menjadi pelarian serta tidak dibenarkan pulang sehingga hari ini. Perlu juga disedari bahawa kejadian pembunuhan warga Palestin yang tidak berdosa, pemusnahan rumah-rumah mereka, pemenjaraan ribuan rakyat Palestin, serta rampasan tanah secara paksa juga masih berterusan.
Sebarang usaha untuk menyamakan kesengsaraan warga Palestin dengan keadaan orang Melayu di Malaysia untuk tujuan politik adalah amat dikesali dan perlu dihentikan.
BDS Malaysia
14 Jun 2023
Media Statement from BDS Malaysia
BDS Malaysia notes a statement that equates the situation in Penang with the situation in Palestine, where the decline in land ownership of Malays in Penang is equated with the decline in land ownership of Palestinians in their land.
The statement is not only wrong historically, it is even hazardous because it underestimates the cruelty that has happened to the Palestinian people for more than seven decades and continues to this day.
It should be noted that the case of Palestine is a form of `settler-colonialism’ where foreigners who came from Europe colonized the land of Palestine and at the same time killed the Palestinian people, including children, women and the elderly, destroyed their homes and hometowns, seized their land and drove them out to become refugees. These refugees, who are now in the millions, are not allowed to return to this day. It should also be noted that the killing of innocent Palestinians, the destruction of their homes, the imprisonment of thousands of Palestinians, and the forcible seizure of land continue to this day.
Any attempt to equate the Palestinians’ plight with the Malays in Malaysia for political purposes is regrettable and should cease immediately.
BDS Malaysia
June 14, 2023