Boycott for the Right Reasons

The savage and inhuman bombings of Gaza by the Israeli military have resulted in the death of hundreds of civilians including women and children. The objective is obviously to make Hamas and their supporters capitulate. However, it has also succeeded in making people around the world realise the nature of the Israeli state and society. The priority of Israelis is the well-being of their own people. Freedom, justice and human rights, especially those of Palestinians, are secondary considerations.

Actually, that is also the main reason why the problems in Palestine exist in the first place. Zionists from Europe came to Palestine in droves in the early 20th century with the objective of setting up a homeland for the Jews. In their quest, they decided that there is no place for non-Jews in that homeland and without any regard for justice and human rights, they set about to kill and expel the indigenous Palestinian population. Unfortunately for them, the Palestinians resisted their attempts till today, hence the ongoing savagery towards the Palestinians in historic Palestine, the West Bank and also Gaza.

Now that the picture of who the oppressors are and who their victims are is becoming more obvious, people around the world are eager to contribute to the cause of justice for Palestinians. They have also realised that governments around the world, including from Muslim countries and even the Palestinian Authority, seem not too interested to do much. Realising this, Palestinian civil societies in 2005 started a movement for freedom, justice and equality for Palestinians called Boycott, Divestment and Sanctions or BDS.

BDS upholds the simple principle that Palestinians are entitled to the same rights as the rest of humanity. It is inspired by the South African anti-apartheid movement and the main focus is to engage in actions to pressure Israel to comply with international law.

BDS is now a global movement made up of unions, academic associations, churches and grassroots movements across the world. The main demands of the BDS movement towards Israel are:

  1. End its occupation and colonisation of all Arab lands and dismantling the Wall
  2. Recognise the fundamental rights of the Arab-Palestinian citizens of Israel to full equality
  3. Respect, protect and promote the rights of Palestinian refugees to return to their homes and properties as stipulated in UN Resolution 194

As long as the above conditions are not fulfilled, BDS calls on the people of conscience all over the world to boycott Israel, Israeli companies as well as companies that are complicit with Israel in committing human rights violations towards Palestinians.

The choice of companies to be boycotted must be based on their complicity and not simply because they are American or European companies. Moreover, since this is an issue of human rights violations and not a religious conflict, there is no question of boycotting companies simply because they are owned by non-Muslims.

The struggle for freedom, justice, and equality in Palestine is now a global effort supported by people from all over the world. Any attempt to hijack and change it to a narrow racial or religious conflict must be condemned in no uncertain terms.

Prof Mohd Nazari Ismail
Chairman
BDS Malaysia

Boikotlah Atas Dasar Yang Betul

Pengeboman tanpa berperikemanusiaan oleh tentera Israel terhadap Gaza yang telah berlaku sejak minggu lepas telah mengakibatkan kematian ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Objektif mereka adalah jelas iaitu untuk menghapuskan pertubuhan Hamas dan penyokongnya. Namun, dalam masa yang sama tindakan Israel tersebut telah berjaya membuka mata orang ramai di seluruh dunia terhadap ciri-ciri sebenar kerajaan dan masyarakat Israel.

Kini, semakin jelas bahawa keutamaan Israel adalah semata-mata kesejahteraan rakyat Yahudi mereka sendiri. Kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia, terutamanya hak rakyat Palestin, adalah langsung bukan dalam pertimbangan mereka.

Sebenarnya, inilah punca utama mengapa masalah di Palestin wujud semenjak Palestin dijajah pada tahun 1948 sehingga sekarang. Zionis dari Eropah telah datang ke Palestin secara beramai-ramai pada awal abad ke-20 dengan objektif untuk mendirikan tanah air bagi orang-orang Yahudi sahaja. Mereka juga telah memutuskan bahawa tidak ada tempat bagi orang-orang bukan Yahudi di tanah air mereka itu. Dengan itu, tanpa menghormati prinsip keadilan dan hak asasi manusia, mereka mulai membunuh dan mengusir penduduk pribumi Palestin.

Malang bagi mereka, rakyat Palestin yang mempunyai semangat juang yang tinggi telah menentang usaha tersebut daripada dahulu sehingga ke hari ini. Oleh sebab itulah mereka telah bertindak kejam terhadap warga Palestin sama ada di wilayah Palestin asal (kini dipanggil Israel), di Tebing Barat dan juga di Gaza.

Kini gambaran tentang siapa penindas dan siapa mangsa telah menjadi semakin jelas. Oleh yang demikian, masyarakat awam yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi di seluruh dunia telah berasa terpanggil untuk memberikan sumbangan ke arah keadilan bagi rakyat Palestin. Masyarakat awam ini juga menyedari bahawa kerajaan di seluruh dunia, termasuk dari negara-negara Islam dan bahkan juga daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak terlalu berminat untuk bertindak tegas terhadap kekejaman Israel.

Menyedari hal ini, maka masyarakat sivil Palestin semenjak dari tahun 2005 lagi telah memulakan gerakan untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan bagi rakyat Palestin yang disebut Boycott, Divestment and Sanctions atau ringkasnya BDS.

BDS menegaskan prinsip bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan hak yang sama dengan rakyat lain di seluruh dunia. Gerakan BDS diilhamkan oleh gerakan anti-aparteid Afrika Selatan dan fokus utamanya adalah melakukan tindakan untuk memberi tekanan terhadap Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa.

BDS kini merupakan gerakan global yang terdiri daripada pelbagai persatuan, ahli akademik, gereja dan gerakan akar umbi di seluruh dunia. Tuntutan utama gerakan BDS terhadap Israel adalah:

  1. Menamatkan penjajahan di seluruh tanah Arab, menghapuskan tembok pemisah dan menghentikan sekatan terhadap Gaza.
  2. Menghormati hak-hak asasi rakyat Arab-Palestin di tanah asal Palestin (kini di panggil Israel) sehingga mendapat kesaksamaan sepenuhnya
  3. Menghormati, melindungi dan mempromosikan hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan tanah air mereka seperti yang ditetapkan dalam Resolusi 194 oleh PBB.

Selagi syarat di atas tidak dipenuhi, BDS menyeru orang awam yang berhati nurani di seluruh dunia untuk memboikot Israel, syarikat Israel dan juga syarikat-syarikat yang terlibat dengan kekejaman Israel dalam melakukan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

Pilihan syarikat yang perlu diboikot mestilah berdasarkan keterlibatan mereka dengan kezaliman yang dilakukan oleh Israel dan bukan semata-mata kerana mereka adalah syarikat Amerika atau Eropah. Lebih-lebih lagi, kerana ini adalah masalah pelanggaran hak asasi kemanusiaan dan bukan konflik antara agama. Oleh yang demikian adalah salah sekiranya usaha boikot dilakukan terhadap syarikat hanya kerana mereka dimiliki oleh orang bukan Islam.

Perjuangan untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan di Palestin kini merupakan usaha global yang disokong oleh masyarakat awam daripada seluruh dunia. Sebarang percubaan untuk merampas dan mengubahnya menjadi konflik perkauman atau konflik agama yang sempit mesti dikutuk tanpa syarat.

20 Mei 2021

Prof Mohd Nazari Ismail
Pengerusi
BDS Malaysia