We, the NGOs listed below, note the recent announcement by Donald Trump of his so-called `Peace Plan’ for Gaza.



We also note that US officials did not consult Hamas or any Palestinian groups regarding the plan, but had extensive discussions with Netanyahu. According to Israeli media, Netanyahu edited and approved it before Trump’s announcement. In other words, the document should be called `Netanyahu’s Plan to Defeat Hamas’ rather than Donald Trump’s Peace Plan.

It is therefore unsurprising that the plan, if implemented fully, will result in losses for the Palestinians on all key issues. 



Under the plan, Hamas is required to release all hostages, but there is no guarantee that Israel will not resume its genocidal actions in Gaza once the hostages are released, as had happened in the past. It should also be highlighted that the US government is complicit in the genocide by supplying weapons and ammunition to Israel. 



Israel promises to release Palestinian prisoners, but again, as had happened in the past, it could proceed later to arrest other Palestinians in the thousands.

The plan’s demand that Hamas lay down its arms and destroy its tunnels is simply a tactic to ensure there is no further resistance from Palestinians in the future.

The plan does not demand that Israel leave all of Gaza, as insisted by Hamas, thus allowing Israel to continue to control a significant part of Gaza, which may be used to build Israeli-controlled luxury beachfront resorts that Trump mentioned a few months ago. The Palestinians who previously owned those lands will lose them forever and may end up living in tents for decades in the future.

The plan mentions a phased withdrawal by Israel, but does not provide any details regarding the timeline. This is deliberately vague in Israel’s favour. Based on the history of Israeli occupation of the West Bank, a withdrawal may not happen at all. Instead, Israel will likely build more settlements in Gaza.

The plan does not include any element of self-determination by Palestinians because the interim body will consist of non-Palestinians, with war criminal Tony Blair in charge of it. Palestinians who will be involved in the future will be appointed by the US and Israel and not by Palestinians themselves. 


Finally, there is no mention whatsoever of the overall demands of the Palestinians based on UN resolutions, namely, the end of the Israeli occupation of Palestinian territories (Resolution 242) and the right of Palestinian refugees to return to their homeland (Resolution 194). In other words, there is nothing in the plan regarding compliance with international law by Israel and justice for Palestinians in the long term.



Based on the above, any commendation for or praise of the plan is completely unjustified. In fact, a more honest title for the plan would be ‘Rewarding a Genocide’. It is, in reality, an ultimatum issued by the perpetrators of genocide to their victims, not a serious proposal for peace and security for all involved.

We therefore call on all parties who truly want to see a just and peaceful resolution to the issue to condemn it in no uncertain terms.



October 2, 2025.

Kenyataan media oleh NGO-NGO Malaysia mengenai Rancangan Keamanan Trump 



Kami, yang tersenarai di bawah, mengambil maklum pengumuman terbaru oleh Donald Trump, kononnya ia merupakan Peace Plan’ untuk Gaza.

Kami juga mengambil perhatian bahawa pegawai AS tidak berunding dengan Hamas atau mana-mana kumpulan Palestin mengenai rancangan ini, tetapi telah mengadakan perbincangan secara meluas dengan Netanyahu. Menurut media Israel, Netanyahu menyunting dan meluluskannya sebelum pengumuman Trump. Dalam erti kata lain, dokumen ini harus dipanggilRancangan Netanyahu untuk Menewaskan Hamas’ dan bukannya Rancangan Keamanan Donald Trump.

Oleh itu, tidak hairanlah rancangan ini, jika dilaksanakan sepenuhnya, akan mengakibatkan kerugian bagi rakyat Palestin dalam semua isu utama.

Di bawah rancangan ini, Hamas dikehendaki membebaskan semua tebusan, tetapi tidak ada jaminan bahawa Israel tidak akan meneruskan tindakan genosid di Gaza sebaik tebusan dibebaskan, seperti yang telah berlaku berulang-kali, pada masa lalu. Harus diketengahkan juga, bahawa kerajaan AS bersubahat dalam genosid dengan membekalkan senjata dan peluru kepada Israel.

Israel berjanji untuk membebaskan tahanan Palestin, tetapi sekali lagi seperti yang telah berlaku pada masa lalu, ia boleh meneruskan kemudian untuk menangkap ribuan warga Palestin lain. Tuntutan rancangan ini juga termasuk untuk Hamas meletakkan senjata dan memusnahkan terowongnya. Ini hanyalah taktik untuk memastikan tiada lagi penentangan daripada rakyat Palestin pada masa hadapan. Pelan ini tidak menuntut Israel meninggalkan seluruh Gaza, seperti yang ditegaskan oleh Hamas, sekali gus membolehkan Israel terus mengawal sebahagian besar Gaza, yang mungkin digunakan untuk membina pusat peranginan mewah di tepi pantai yang dikawal Israel yang telah disebut oleh Trump beberapa bulan lalu. Rakyat Palestin yang sebelum ini memiliki tanah-tanah tersebut akan kehilangan buat selama-lamanya dan mungkin akan tinggal di khemah selama beberapa dekad sejurusnya kemudian.

Pelan ini turut menyatakan penarikan berperingkat oleh Israel tanpa menyebut sebarang butiran mengenai garis masa. Kenyataan yang sengaja samar-samar ini, memihak kepada Israel. Berdasarkan sejarah pendudukan Israel di Tebing Barat, penarikan mungkin tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya, Israel berkemungkinan besar akan membina lebih banyak penempatan di Gaza.

Pelan ini tidak memasukkan sebarang unsur penentuan nasib sendiri oleh rakyat Palestin kerana badan sementara akan terdiri daripada mereka yang bukan warga Palestin, dengan penjenayah perang Tony Blair dilantik bertanggung jawab. Rakyat Palestin yang akan terlibat pada masa hadapan akan dilantik oleh AS dan Israel dan bukannya oleh rakyat Palestin sendiri.

Akhir sekali, tidak disebutkan langsung tentang sebarang tuntutan keseluruhan rakyat Palestin berdasarkan resolusi PBB, iaitu tamatnya pendudukan Israel di wilayah Palestin (Resolusi 242) dan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka (Resolusi 194). Dalam erti kata lain, tiada apa-apa dalam rancangan berkenaan pematuhan undang-undang antarabangsa oleh Israel dan keadilan untuk rakyat Palestin dalam jangka panjang.

Berdasarkan apa yang tertera di atas, sebarang pujian atau penghargaan terhadap rancangan tersebut adalah tidak wajar sama sekali. Malah, tajuk yang lebih jujur untuk rancangan ini ialah ‘Memberi ganjaran kepada Genosid’. Ia sebenarnya adalah kata dua yang dikeluarkan oleh pelaku genosida kepada mangsa mereka, bukan cadangan serius untuk keamanan dan keselamatan untuk semua yang terlibat.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua pihak yang benar-benar ingin melihat penyelesaian yang adil dan aman terhadap resolusi ini supaya mengutuk sekeras-kerasnya dengan jelas, tanpa sebarang tolak ansur.

2 Oktober 2025

  1. BDS Malaysia
  2. IKRAM
  3. ABIM
  4. MAPIM
  5. HALUAN
  6. Sekretariat Solidariti Palestin
  7. Aliran
  8. Palestine Solidarity – Penang
  9. GERAK
  10. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  11. Palestine Progressive Association – Malaysia
  12. AlQuds Foundation Malaysia (QFM)
  13. Viva Palestina Malaysia (VPM)
  14. Muslim Professional Forum (MPF)
  15. Gerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ)
  16. Cinta Gaza
  17. Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya
  18. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
  19. Palestinian Centre of Excellence (PACE)
  20. KDMRS Muslim
  21. Dunia Palestin
  22. ACCIN
  23. Islamic Renaissance Front (IRF)
  24. Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP)
  25. Cakna Palestin
  26. Cinta Gaza
  27. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  28. Muslim Care Malaysia
  29. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
  30. Citizens International
  31. Majlis Belia Malaysia
  32. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
  33. OWL Center for Peace Penang
  34. SEJAGAT
  35. PCOM
  36. MyCARE
  37. IKRAM MUDA