GERAKAN BDS MALAYSIA

Ke arah kebebasan, keadilan dan kesaksamaan di palestin

Siapakah BDS Movement?

Israel dari awal sehingga sekarang masih berleluasa mengekalkan rejim jajahan dan apartheid ke atas rakyat Palestin. Malangnya pihak berkuasa antarabangsa enggan bertindak atau tangan terikat untuk menghentikan kekejaman ini.

Namun, pada tahun 2005 aktivis Palestin mula bersatu menyeru agar rakyat global bertindak balas terhadap perjuangan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. Gerakan ini adalah dalam bentuk boikot, pelupusan dan sekatan (BDS) sebagai satu bentuk tekanan tanpa kekerasan ke atas Israel.

Pergerakan BDS telah dilancarkan oleh 170 kesatuan Palestin, rangkaian pelarian, pertubuhan wanita, persatuan profesional, jawatankuasa penentangan popular dan badan masyarakat sivil Palestin yang lain.

BDS Malaysia adalah sebahagian daripada gerakan global ini.

Apa dimaksudkan dengan Boikot, Lupus, dan Sekat?

Boycott | Boikot

Usaha BOIKOT menyasarkan produk serta syarikat (milik Israel & antarabangsa) yang mengaut keuntungan hasil dari pencabulan hak rakyat Palestin. Ini termasuklah institutsi sukan, kebudayaan serta akademik milik Israel.

Divest | Lupus

Usaha LUPUS menyasarkan syarikat yang bersubahat mencabul hak rakyat Palestin dan memastikan perkara seperti portfolio pelaburan universiti serta dana pencen tidak digunakan untuk membiayai syarikat-syarikat tersebut.

Sanction | Sekat

Usaha SEKAT perkara seperti diplomasi & ekonomi dapat menghalang Israel dari mendapatkan pelbagai keperluan seperti senjata bagi meneruskan kekejaman mereka keatas rakyat Palestin.

Seruan BDS Malaysia

Mengakhiri dan menarik diri dari semua wilayah Arab yang diduduki secara haram. Serta merobohkan tembok pemisah (Apartheid Wall).
Mengiktiraf hak asasi Rakyat Israel berketurunan Arab-Palestin untuk menikmati kesamarataan hak.
Menghormati, melindungi dan mempromosikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka sepertimana termaktub dalam resolusi PBB 194

Visi

Mengetuai kempen untuk memboikot, melupus dan menyekat di Malaysia ke arah pembebasan dan keadilan untuk rakyat Palestine

Misi

BDS Malaysia merupakan sebahagian daripada gerakan global yang mengajak untuk memboikot, melupus dan menyekat untuk memberikan tekanan kepada Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberhentikan penjajahan terhadap Palestin, pengiktirafan terhadap hak asasinya dan menghormati hak-hak rakyat Palestin

Objektif

  • Mengetuai panggilan dan keperluan untuk memboikot(Boycott), melupus (Divest) dan menyekat (Sanction) di Malaysia
  • Menyusun dan menyertai gerakan BDS global
  • Meningkatkan kesedaran tentang kesengsaraan Palestin menerusi aktiviti BDS

Ahli NGO BDS Malaysia

Hubungi Kami