BDS Malaysia ingin menyuarakan sanjungan dan pujian kami terhadap tindakan kerajaan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara ini untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019

KENYATAAN MEDIA DARI BDS MALAYSIA

7 Januari 2019

Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) ingin menyuarakan sanjungan dan pujian kami terhadap tindakan kerajaan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara ini untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan pada Julai tahun ini.

Tindakan sedemikian adalah sejajar dengan dasar yang dipegang oleh kerajaan Malaysia selama ini menyekat sesiapa sahaja yang memegang pasport Israel daripada memasuki negara ini. Kerajaan Malaysia mesti mengekalkan dasar ini dengan tegas dan teguh tanpa sebarang pengecualian.

Pada tahun 2017, pentadbiran kerajaan Malaysia sebelum telah membuat keputusan yang tidak bijak kerana secara diam-diam membenarkan diplomat Israel masuk ke negara ini. Kesilapan itu telah diambil peluang oleh pasukan propaganda Zionis Israel yang menghebahkan ke seluruh dunia bahawa satu lagi negara majoriti Muslim telah bersetuju dengan dasar Israel terhadap rakyat Palestin. Semua dari kita wajib memastikan bahawa kesilapan itu tidak akan diulangi lagi.

Dunia telah dan sedang menyaksikan bagaimana rejim Zionis langsung tidak teragak-agak mengarahkan askar penembak jarak jauhnya untuk menembak mati rakyat Palestin dari kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata termasuk wartawan, jururawat yang berpakaian seragam dan bahkan juga orang cacat. Padahal rakyat Palestin hanya memprotes untuk menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka semasa perhimpunan aman `Great Return March’ di Gaza.  

Oleh itu janganlah sesiapa cuba menggunakan alasan karut bahawa isu sukan dan politik wajar dipisahkan. Perlu diingatkan bahawa semasa protes `Great Return March’ di atas, 241 orang awam termasuk 42 kanak-kanak bawah 18 tahun, 5 wanita, 3 paramedik, 2 wartawan telah terbunuh dan 26,140 lain tercedera, akibat ditembak oleh askar Israel yang dapat melihat dengan jelas siapa yang mereka sasarkan. 

Oleh itu tiada individu atau negara yang waras boleh menjalin sebarang hubungan dengan rejim zalim Israel sama ada dalam bidang sukan, perdagangan, budaya atau mana-mana bidang sekalipun. Memboikot dan mengasingkan Israel adalah usaha paling minima yang boleh dan harus kita lakukan untuk menyuarakan kebencian kita terhadap kezaliman rejim Zionis Israel. 

Langkah pemboikotan telah terbukti berhasil menjatuhkan rejim apartheid Afrika Selatan dahlu. Oleh itu ia juga bakal berhasil menjatuhkan rejim apartheid Israel. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang tepat dan betul dalam menghalang atlet Israel dari memasuki negara ini dan oleh itu layak diberi pujian dan sanjungan.

Profesor Mohd Nazari Ismail
Pengerusi, BDS Malaysia
http://bdsmalaysia.com/h/
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia/

THE SCOTT MORRISON ADMINISTRATION’S DECISION ON JERUSALEM

MEDIA STATEMENT FROM BDS MALAYSIA

THE SCOTT MORRISON ADMINISTRATION’S DECISION ON JERUSALEM

Boycott, Divest, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) is utterly aghast that the Australian government under Prime Minister Scott Morrison has seen it fit to play to the Zionist tune and recognise Jerusalem, albeit only the western half, as the capital of Israel. Doing so and at the same time still declaring that it believes in the two-state solution only betrays the hypocrisy of the Morrison administration over the whole issue. As long as they are rewarded for maintaining their apartheid state and oppressive policies towards Palestinians, the Zionists will not be moved to seek a genuine and just peace with Palestinians whether it is within a two-state or one-state or ten-state framework.  

BDS Malaysia also notes that in spite of prior intimations and indications from the Malaysian government that a decision on Jerusalem should be avoided out of respect for the UN resolutions regarding its final status and for a just and permanent peace between Israel and Palestine to be achieved, the Morrison administration has chosen to ignore all of them. 

That being the case, BDS Malaysia calls on the Malaysian government to respond firmly in ways which entail more than mere words of condemnation: 

  • The Malaysian foreign ministry should summon the Australian High Commissioner for Malaysia’s displeasure to be firmly conveyed to the Morrison administration.
  • KL should downgrade its current diplomatic relations with Canberra. 
  • KL should review all current trading links and exchanges with Australia. 

BDS Malaysia calls on all Malaysians 

  • To participate in the peaceful demonstration planned for the afternoon of Friday, 21st December in front of the KL Australian High Commission in order to publicly express our dismay and opposition to the Morrison administration’s decision regarding the status of Jerusalem.
  • To avoid buying all Australian meat, dairy, agricultural and other products. Do not ask if that will have any discernible impact on the situation. Just do it. The boycott will cease once the Australian government reverses its position on Jerusalem.

We do all the above in solidarity with all Palestinians for whom the right to live in peace and dignity in their own state has been denied these past 70 years. The perpetuation of the gross injustice against Palestinians is indeed the worst moral crisis of our modern times. 

In taking all the measures above, we bear no enmity whatsoever towards the people of Australia. 

The Morrison administration has chosen to sell its soul and sacrifice the national interests of Australia on the altar of Trumpism.

It has chosen the same path of lawlessness and disrespect for international resolutions and close neighbours that has been taken by the pariah Zionist apartheid state.

By unashamedly and unquestioningly supporting an ongoing settler-colonist racist project called Israel which unrelentingly victimises the indigenous Palestinian population, the Morrison administration has rendered hollow and hypocritical all the words of sorrow and contrition expressed by the Australian government over the past dispossession and inhumanity inflicted on Australia’s own indigenous population. 

It is time the Morrison administration is taught some home truths.

PROFESSOR MOHD NAZARI ISMAIL
Chairman, BDS Malaysia

KEPUTUSAN PENTADBIRAN SCOTT MORISSON MENGENAI BAITUL MAQDIS

KENYATAAN MEDIA DARI BDS MALAYSIA
17 Disember 2018

KEPUTUSAN PENTADBIRAN SCOTT MORISSON MENGENAI BAITUL MAQDIS

BDS Malaysia ingin menyuarakan perasaan terkejut dan kecewa terhadap tindakan kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri Scott Morrison mengiktiraf Baitul Maqdis Barat sebagai ibu negara Israel. Keputusan ini menjadikan Australia `Pak Turut’ kepada kehendak puak Zionis Israel.  Disamping itu keputusan ini adalah sebenarnya bertentangan dengan pendirian kerajaan Australia sendiri selama ini yang mengatakan bahawa penyelesaian masalah di Palestin hanya boleh dicapai melalui wujudnya dua negara iaitu Palestin dan Israel. Walaupun solusi dua negara (two-state solution) adalah sebenarnya mustahil kerana Zionis Israel telah terbukti mahu merampas semua tanah milik Palestin, namun tindakan Scott Morrison ini telah mendedahkan sikap kepura-puraan pentadbirannya mengenai isu ini secara keseluruhan.

Hakikat sebenarnya ialah jika puak Zionis Israel terus mendapat sokongan walaupun sedang giat melakukan penindasan apartheid terhadap rakyat Palestin, mereka  tidak akan berusaha untuk mencari keamanan sejati dan adil dengan rakyat Palestin, sama ada dalam kerangka dua negara atau satu negara atau bahkan sepuluh negara.

Meskipun kerajaan Malaysia dan banyak negara lain telah membuat perisytiharan bahawa keputusan mengenai Baitul Maqdis harus menghormati resolusi PBB  demi mencapai keamanan yang adil dan saksama antara Israel dan Palestin, namun pentadbiran Morrison telah memilih untuk tidak menghormati Malaysia dan negara lain dengan mengabaikan semua pengisytiharan tersebut.

Oleh yang demikian, BDS Malaysia menyeru kerajaan Malaysia untuk bertindak lebih tegas terhadap kerajaan Australia dan bukan setakat mengeluarkan kata-kata kutukan terhadapnya. Antara langkah yang perlu dilakukan:

  • Kementerian Luar Malaysia perlu memanggil Pesuruhjaya Tinggi Australia dan meminta beliau menyampaikan pendirian Malaysia yang amat tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Morrison.
  • KL perlu menurunkan status hubungan diplomatik semasa dengan Canberra.
  • KL harus menyemak semua hubungan perdagangan dan pertukaran dengan Australia.
  • BDS Malaysiajuga  menyeru semua rakyat Malaysia:
  • Mengambil bahagian dalam demonstrasi aman yang dirancang untuk petang hari Jumaat, 21 Disember di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia KL untuk menyatakan secara terang-terangan kegusaran dan bangkangan kita terhadap keputusan pentadbiran Morrison mengenai status Baitul Maqdis.
  • Mengelakkan dari membeli produk daging, tenusu, pertanian dan produk lain yang berasal dari Australia sehingga kerajaan Australia merubahkan pendiriannya berkenaan Baitul Maqdis.

Perlu dinyatakan bahawa semua keputusan di atas adalah dibuat atas dasar sikap perpaduan kita dengan semua rakyat Palestin yang  berhak hidup dengan damai dan bermaruah di negara mereka sendiri. Hak mereka  ini telah dinafikan semenjak 70 tahun yang lalu. Keadaan yang zalim terhadap rakyat Palestin selama ini sebenarnya adalah merupakan krisis moral paling buruk di zaman moden kita.

Perlu juga dinyatakan bahawa semua langkah di atas tidak bermakna kita bermusuh dengan rakyat Australia. Ia hanya mencerminkan pendirian kita yang tidak bersetuju dengan tindakan pentadbiran Morrison sahaja yang telah memilih untuk menggadaikan maruah dan mengorbankan kepentingan negara Australia semata-mata untuk menyokong hasrat Donald Trump serta memilih untuk mencontohi sikap jelik Israel yang tidak menghormati resolusi antarabangsa serta tidak menghormati  perasaan negara jiran.

Sikap pentadbiran Morrison yang menerima bulat-bulat serta menyokong  projek penjajahan serta perkauman yang zalim terhadap rakyat Palestin – yang sebenarnya merupakan kaum asal di bumi Palestin,  juga mendedahkan sifat hipokrit nya. Dalam erti kata yang lain, semua kenyataan kesedihan dan penyesalan yang diungkapkan oleh kerajaan Australia selama ini mengenai jenayah penipuan dan keganasan mereka yang lalu terhadap penduduk asal Australia sendiri adalah jelas kosong dan sebenarnya tidak bermakna langsung.

Sudah tiba masanya pentadbiran Morrison disedarkan dengan beberapa kebenaran ini walaupun ianya  mungkin sangat pahit bagi mereka.

PROFESOR MOHD NAZARI ISMAIL
Pengerusi, BDS Malaysia

BDS Malaysia condemns in the strongest possible terms the latest aggression by the Zionist apartheid state against the people of Gaza

MEDIA STATEMENT FROM BDS MALAYSIA

13 November 2018

Boycott, Divestment and Sanctions – Malaysia (BDS Malaysia) condemns in the strongest possible terms the latest aggression by the Zionist apartheid state against the people of Gaza. Up to now, almost ten civilian buildings of no military significance, including a kindergarten have been deliberately targeted by Israeli warplanes with absolutely no concern for non-combatant casualties. 

The Fourth Geneva Convention of 1949 expressively prohibits the harming of civilians in a war zone and the United Nations in 1993 have officially adopted the position that all provisions of the Geneva Convention are binding on all nations of the world including non-signatory countries.

BDS Malaysia therefore calls on the UN and the international community to immediately take all necessary measures to force the Zionist apartheid state to end its criminal bombing of civilians in Gaza and bring the Israeli leaders behind this barbaric onslaught to account before the International Criminal Court. The violation by Israel of the Geneva Convention is blatant and clear in this case. Inaction by the international community in the face of overwhelming evidence will only invite further outrages from the apartheid state.

The leaders of the major countries of western Europe gathered in France on Sunday, 11th  November to commemorate the centenary since the end of the First World War. Sentiments were expressed by them about the horrors of war for both soldiers and civilians. The horrors of war now happening in Gaza have their roots in the First World War. The governments of those western European nations must walk the talk, express their utter revulsion to what Israel is doing now to the Palestinian people of Gaza and do everything within their means to get the apartheid state to stop its criminal actions. Anything less will just betray their hypocrisy in the case of blatant injustices done to the Palestinians by the Zionist regime.

PROFESSOR MOHD NAZARI ISMAIL
Chairman, BDS Malaysia
http://bdsmalaysia.com/h/
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia/

BDS Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya pencerobohan terkini oleh rejim apartheid Zionis terhadap rakyat Gaza

KENYATAAN MEDIA DARI BDS MALAYSIA

13 NOVEMBER 2018

Boycott, Divestment, Sanction – Malaysia (BDS Malaysia) mengutuk dengan sekeras-kerasnya pencerobohan terkini oleh rejim apartheid Zionis terhadap rakyat Gaza. Setakat ini hampir sepuloh bangunan awam di Gaza yang tiada kaitan dengan ketenteraan, termasuk sebuah tadika, telah sengaja disasarkan dan dihancurkan oleh kapalterbang pengebom rejim Israel tanpa mengira ancaman tindakan mereka terhadap keselamatan orang awam.

Konvensi Geneva Keempat pada tahun 1949 jelas melarang serangan terhadap orang awam dalam zon peperangan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1993 secara rasmi juga menyatakan bahawa semua keputusan Konvensi Geneva mengikat semua negara di dunia termasuk negara yang tidak menandatanganinya.

Oleh itu, BDS Malaysia menyeru PBB dan masyarakat antarabangsa untuk segera mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memaksa negara apartheid Zionis menamatkan jenayah mereka di Gaza dan membawa pemimpin Israel yang bertanggungjawab dengan serangan ganas ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Pelanggaran oleh Israel terhadap Konvensyen Geneva dalam hal ini amat jelas. Kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap Israel akan menggalakkan rejim Zionis apartheid  ini untuk terus bertindak dengan jenayah zalimnya.

Para pemimpin negara-negara utama Eropah barat telah berkumpul di Perancis pada hari Ahad, 11 November untuk memperingati tarikh berakhirnya Perang Dunia Pertama. Sentimen telah dinyatakan oleh mereka tentang bencana peperangan terhadap tentera dan orang awam. Bencana yang kini berlaku di Gaza sebenarnya berkait dengan Perang Dunia Pertama. Kerajaan-kerajaan negara-negara barat di Eropah mesti melaksanakan kata-kata mereka dengan menyekat keganasan dan jenayah yang dilakukan oleh Israel sekarang kepada rakyat Palestin di Gaza. Kegagalan mereka dalam hal ini akan membongkarkan sikap kepura-puraan mereka dalam membela rakyat Palestin dari kezaliman rejim Zionis.

PROFESOR MOHD NAZARI ISMAIL
Pengerusi, BDS Malaysia
http://bdsmalaysia.com/h/
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia/

#GazaDiserang | 10 Fakta Ringkas

1. Tentera Zionis Israel melancarkan satu operasi rahsia (covert operation) untuk menculik Nour al-Baraka, Komander Briged al-Qassam di Khan Younis, Gaza pada 11 November 2018.

2. Operasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang empat orang tentera Israel yang masih ditawan oleh Briged al-Qassam sejak tahun 2014.

3. Operasi berjaya dihidu oleh Briged al-Qassam dan mencetuskan pertempuran kecil. Seorang tentera Israel terbunuh dan seorang lagi cedera. Komander Nour al-Baraka turut terkorban.

4. Tentera Zionis Israel melancarkan serangan backup udara untuk melindungi pengunduran tenteranya menyebabkan 6 orang ahli Briged al-Qassam terbunuh.

5. Pembunuhan ini mencetuskan serangan balas dari Gaza diketuai oleh Briged al-Qassam. Lebih 300 roket dilancarkan dan 70 berjaya dipintas oleh sistem Iron Dome.

6. Sebuah bas milik tentera Zionis Israel di wilayah Sha’ar Hanegev turut menjadi sasaran peluru berpandu Briged al-Qassam sebagai amaran awal menyebabkan seorang tentera Zionis Israel cedera parah.

7. Israel turut melancarkan serangan dengan mensasarkan stesen TV al-Quds, bangunan milik kerajaan dan lokasi latihan Briged al-Qassam. 3 orang dilaporkan terkorban.

8. Situasi di Gaza semakin meruncing sejak Mac 2018 apabila perhimpunan #GreatReturnMarch (GRM) di sempadan Gaza-Israel bertukar menjadi lapang sasar tentera Zionis Israel. Lebih 200 orang telah terkorban.

9. Pembunuhan Nour al-Baraka berlaku ketika rundingan damai dengan pengantaraan PBB, Mesir dan Qatar semakin menunjukkan hasil.

10. Pembunuhan Nour al-Baraka mengundang kemungkinan perang di Gaza sepertimana pembunuhan Ahmed al-Jabari (2012) dan cubaan bunuh ke atas Mohammad Deif (2014).

#SHARE kepada orang ramai.

 

Sumber: Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence (PACE)
 
.
 
Gaza memerlukan ubat-ubatan segera! Hulurkan sumbangan anda di: www.billplz.com/ubatuntukgaza
 
Mohon SHARE. Terima Kasih.
 
#GazaUnderAttack #Palestine #PrayForGaza #StopTheBombing #EndGazaSiege #HentikanKepunganGaza #BebasGaza

Join Palestinian athletes posting #BoycottPuma photos

Palestinian athletes are posting #BoycottPuma photos. Join them!

Pressure is mounting on Puma to end its sponsorship of the Israel Football Association (IFA). The IFA includes clubs in illegal Israeli settlements built on stolen Palestinian land. More than 200 Palestinian sports clubs have sent a letter urging Puma to end the sponsorship deal.

Just last week, more than 1000 tweets urged Puma to make ending its support for illegal Israeli land grabs a priority for its newly launched #Reform campaign for social justice. 

We know Puma executives are listening. Let’s step up the pressure and convince Puma to take a leap for Palestinian rights.

Today, together with Palestinian athletes, we are launching a boycott of Puma until it ends its complicity in sports-washing Israel’s war crimes and human rights violations.

Post a photo on social media and start organizing a #BoycottPuma campaign in your area!

Why boycott Puma?

Puma is sponsoring the Israel Football Association (IFA), which welcomes football clubs based in illegal Israeli settlements to participate in its leagues and competitions. The Israeli military occupation expels Palestinian families, including children, from their homes to give way for these settlements. Israeli settlements are considered as war crimes under international law.

Last July it was announced that Adidas was no longer sponsoring the IFA following an international campaign and the delivery of over 16,000 signatures to Adidas headquarters.

We can do this again.

Join the #BoycottPuma social media actions and spread the boycott call!

Palestinian athletes and sports clubs have already kick-started the #BoycottPuma campaign! 

Follow their inspiration!
  1. Print a boycott Puma sign
  2. Take a photo of yourself or your group holding the sign
  3. Post the photo on social media using the hashtag #BoycottPuma 

Join the Palestinian call to boycott Puma! Together, we can ensure Puma takes a leap for Palestinian rights!

Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel 

BDS Malaysia Condemns Oman’s Treacherous Move To Host Netanyahu’s Visit

MEDIA STATEMENT BY BDS MALAYSIA
27 October 2018
 
BDS MALAYSIA CONDEMNS OMAN’S TREACHEROUS MOVE TO HOST NETANYAHU’S VISIT

At a time when the world, Arab and non-Arab, Muslim and non-Muslim, are rallying to the Palestinian cause, it is utterly shameful and bitterly disappointing to see Oman agreeing to receive the visit of the Israeli prime minister.

And at a time when the Zionist apartheid state continues unabated its criminal policy of ‘shoot-to-kill’ against unarmed Palestinian civilians of the Great Return March, a decision by any country, especially if it is both Arab and Muslim, to host a visit by the odious Netanyahu is totally reprehensible, disgusting and deserving of condemnation.

Boycott, Divest, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) unreservedly condemns the decision by the Sultanate of Oman to allow Netanyahu to visit the country.

Israel is using the spectre of Iran to advance its own interests.  It will waste no time to use any normalisation of relations with Oman and the Gulf countries as evidence that its apartheid and oppressive policies towards Palestinians are accepted without protest by its Arab neighbours.  

If it is really fear of Iran that is prompting Oman and the other Gulf states to consider Israel favourably, the government of those countries would do well to reflect on history. The Nakba of 1948, the Suez War of 1956, the June 1967 war, the 1982 invasion of Lebanon are episodes in a series of naked and brutal aggression perpetrated by Israel, not Iran, against its Arab neighbours. That series is not likely to end if the Gulf states decided to embrace the Zionist apartheid state.

If it is regime security and the fear that Iran will foment internal unrest in the Gulf countries that is pushing those countries towards Israel, their unelected rulers would do well to reflect on the sentiments and feelings of their own population were they to normalise relations with Israel. It will be a decision that may quite possibly foment unrest among their own peoples — without any need for outside interference.

BDS Malaysia therefore strongly urges Oman and other Gulf states to continue not having any diplomatic or any other kind of ties with the Zionist apartheid state and maintain all efforts to isolate it internationally.  

PROFESSOR MOHD NAZARI ISMAIL
Chairman, BDS Malaysia