BDS WEBINAR 3

Tindakan beberapa negara Arab menormalisasikan hubungan dengan Israel pada akhir tahun 2020 telah mengejutkan dunia Islam.

Negara-negara Islam rata-rata menganggap tindakan ini sebagai PENGKHIANATAN kepada Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan HAMAS menyelar ia sebagai tindakan TIKAM BELAKANG ke atas perjuangan kemerdekaan Palestin.

Amnesty International memberi amaran bahawa normalisasi ini tidak akan membawa apa-apa faedah sekiranya Israel masih meneruskan pendudukan, sekatan dan pelanggaran hak-hak asasi manusia ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Apa sebenarnya hukum berdamai dan menjalin hubungan dengan kuasa penjajah seperti Israel?

Bagaimana seharusnya umat Islam menguruskan hubungannya dengan kuasa yang terus-menerus menzalimi umat Islam dan mencemari tempat sucinya?

Bagaimana seharusnya umat Islam memanfaatkan undang-undang hak asasi manusia untuk membela rakyat Palestin?

Ikuti siri webinar BDS Malaysia yang seterusnya:

“Normalisasi Arab-Israel: Perspektif Islam dan Hak Asasi Manusia”

27 Februari 2021 (Sabtu)
9.15 – 10.45 malam
LIVE @ Facebook BDS Malaysia >> https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia

Ahli Panel:

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan

Dr. Chandra Muzaffar, President, International Movement for a Just World (JUST)

Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Moderator:

Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *