Menu

Kenyataan Media oleh BDS Malaysia berkenaan kezaliman terkini terhadap penduduk Gaza.

Kenyataan Media oleh BDS Malaysia berkenaan kezaliman terkini terhadap penduduk Gaza.

6 Mei 2019

BDS Malaysia dengan tegas mengutuk keganasan Israel yang berterusan terhadap rakyat Gaza.

Babak kekejaman zionis terkini ini bermula pada hari Jumaat, 3 Mei, apabila orang awam Palestin yang menyertai Perarakan Besar Pulang Ke Tanah Air (Great Return March) termasuk kumpulan yang tiga kilometer jauhnya dari pagar pemisahan Gaza disasarkan dan ditembak secara sengaja oleh tentera  Israel. Akibatnya beberapa orang dari mereka telah terbunuh dan yang lain tercedera. Perlu diingatkan bahawa hampir 300 peserta Perarakan Besar Pulang Ke Tanah Air termasuk kanak-kanak, wanita, pemberita dan sukarelawan perubatan telah sebelum ini ditembak mati oleh penembak jarak jauh Israel.

Pihak pejuang Palestin di Gaza telah membuat keputusan bertindak mempertahankan diri terhadap tindakan zalim Israel di atas dengan melancarkan senjata berbentuk roket-roket ke arah kawasan yang dikawal oleh tentera Zionis Israel.

Tentera Zionis terus bertindak ganas melalui serangan udara dan sehingga kini telah mengakibatkan 24 kematian termasuk dua wanita hamil dan anak-anak mereka yang belum lahir dan dua bayi. 154 orang juga telah tercedera setakat ini dan sebahagian besar adalah orang awam. Bangunan dan struktur fizikal yang disasarkan oleh keganasan Israel termasuk rumah, masjid, bengkel, pelabuhan laut dan projek taah pertanian.

Jenayah-jenayah perang ini tidak boleh dibenarkan terus dan pencerobohan Israel yang tidak terkawal terhadap rakyat Gaza mesti dihentikan.

Cara terbaik untuk menghalang rejim apartheid Zionis daripada terus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin adalah dengan mengenakan tekanan ekonomi dengan memboikot dan melaksanakan sekatan terhadapnya.

Oleh itu, kami menyeru kerajaan dan rakyat Malaysia menyokong usaha gerakan global Boycott, Divestment dan Sanctions (BDS) untuk mengasingkan negara apartheid Zionis. Rejim zalim dan haram ini sebenarnya sudah lama patut dihukum oleh masyarakat antarabangsa.

 

back to top