Menu

Kenyataan Akhbar BDS Malaysia Berhubung Isu Boikot McDonald's

Kenyataan Akhbar BDS Malaysia Berhubung Isu Boikot McDonald's

11 Disember 2017

BDS Malaysia sering menerima soalan berkenaan isu pemboikotan McDonald's dalam usaha menentang kezaliman Israel. 

BDS Malaysia berhubung rapat dengan JK Nasional BDS (BDS National Committee, BNC) yang menjadi sekretariat kepada gerakan BDS antarabangsa. Di bawah adalah jawapan daripada BNC berkenaan isu boikot McDonald's. (terjemahan disediakan di bawah):

“Effective BDS campaigns are based on accurate research. There is a lot of information online claiming that big companies give money to Israel. Sometimes these rumours turn out to be false." 

"For example, some campaigners call for a boycott of Starbucks. But Starbucks doesn’t have any stores in Israel and officially confirms that it does not support Israel."

"Companies such as McDonald's are not priorities for the BDS movement at this stage. We focus on companies that play a clear and direct role in sustaining Israeli violations of international law and that we can have a tangible impact upon.”

"Kempen BDS yang berkesan adalah berdasarkan penyelidikan yang tepat. Terdapat banyak maklumat atas talian mendakwa bahawa syarikat-syarikat besar memberikan wang kepada Israel. Kadang-kadang khabar angin ini adalah palsu."

"Sebagai contoh, beberapa kempen menyeru untuk memboikot Starbucks. Tetapi Starbucks tidak mempunyai kedai di Israel dan mengesahkan secara rasmi bahawa ia tidak menyokong Israel."

"Syarikat-syarikat seperti McDonald's bukan keutamaan untuk pergerakan BDS pada peringkat ini. Kami menumpukan kepada syarikat-syarikat yang memainkan peranan yang jelas dan langsung dalam membantu Israel melanggar undang-undang antarabangsa juga syarikat-syarikat yang dirasakan akan terkesan dengan usaha kita."

 

Senarai penuh syarikat-syarikat yang menjadi sasaran BDS boleh dilihat di sini: http://bdslist.org/full-list/

 

Bagi kita di Malaysia, BDS Malaysia memfokuskan usaha kepada 5 syarikat berikut:

 

1. Caterpillar - pembekal jentera berat yang memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin dan untuk pembinaan penempatan haram Israel;

2. Hyundai Heavy Industries (HHI) - (sama seperti Caterpillar);

3. Hewlett Packard (HP) - pembekal teknologi IT dan komputer kepada tentera, polis dan penjara Israel;

4. G4S - pembekal teknologi keselamatan kepada tentera, polis dan penjara Israel;

5. Ahava - syarikat kosmetik yang mengaut keuntungan daripada mineral yang dicuri dari laut mati, kawasan milik Palestin yang dirampas secara haram sejak tahun 1967.

 

Prof. Nazari Ismail,
Pengerusi,
BDS Malaysia

back to top